Rendang Ayam Nogori Rasa Kick Pedas Cili Padi, Mudah Rupanya!

Share

Rendang merupakan menu wajib hari pada hari raya. Pelbagai jenis rendang ada, tapi jika anda mahukan resipi rendang yang ringkas serta cepat masak, Rendang ayam nogori atau rendang ayam negeri sembilan ini memang ada perlu cuba. Resipi dari saudari didapuryana ini mudah sangat. Sekejap je dah siap, sedap pula tu. Walaupun cara penyediaannya lebih kurang seperti resipi rendang yang lain, namun rasa kick cili padi tu yang membuatkan rasa lebih sedap. Bagi orang yang sukakan makan pedas, memang kena dengan selera. Makan pula dengan ketupat palas.

 

 

Bahan-bahan :

(ditumis)
✨1sb cili padi kisar
✨2sb cili besar kisar
✨1sb bawang putih kisar
✨1/2sb halia kisar
✨4sb bawang merah kisar
✨1/2sb serai kisar
✨1/2sb lengkuas kisar
✨1sb kunyit hidup kisar
✨Minyak
✨2 batang serai (dititik)
✨1 asam keping

(bahan lain)
🔸6-7 ketul ayam
🔸1/2 kotak kecil santan kotak
🔸Air
🔸Daun limau purut
🔸Garam
🔸Gula
🔸1sb kerisik (boleh kurangkan)
🔸Daun kunyit (dihiris nipis)

Cara penyediaan:

1. Tumis semua bahan bertanda (ditumis) sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam. Masak sehingga ayam kecut.
3. Masukkan santan, air dan daun limau purut. Kacau sebati. Masak sehingga air sedikit kering.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan kerisik. Masak sebentar.
6. Last sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau sebati.

 

Dah siap! Mudah dan pantas. Semestinya sedap dan menyelerakan. Boleh cuba untuk hidangkan menu ini pula di hari raya. Mesti tetamu suka.

 

Kredit: didapuryana

Published by
Humaira