Cuba renung semula bagaimana kita membesarkan anak-anak. Adakah cukup kasih sayang dan perhatian pada mereka. Ataupun setiap hari keluar suara menjerit atau marah disebabkan rasa geram.
Ingat anak-anak membesar ikut acuan kita. Kalau dari kecil mereka dibiasakan dalam keadaan seperti ini, tak mustahil bila mereka besar kelakuan ini akan ditunjukkan semula.
Sama-samalah kita muhasabah diri dan cuba berubah. Jika tak boleh sekaligus perlahan-lahan agar memberi kebaikan buat seluruh ahli keluarga.
Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.
Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.
Ads
Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.
Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?
Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.
Anak makin jauh dengan mak ayah
Ads
Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.
Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.
Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.
Ads
Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.
“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”
Kekadang anak yang jadi mangsa belasahan mak dan ayah masa dia kecil lebih mengenang budi…kerana dibesarkan walaupun tidak dibelai dan dimanja.
Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang.
Saidina Umar Al Khattab pernah berkata “Ibu bapa juga pernah derhaka kepada anak-anak jika didikan kepada anak-anak salah & tidak menepati ajaran Islam”
Sumber : Uswatun Hasanah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak bila pijak lantai rumah tapak kaki rasa melekit. Tambah pula ada anak-anak kecil. Kadang sisa makanan dan minuman yang tumpah itu pun salah satu puncanya. Disebabkan ada ibu yang bekerja, hujung minggulah masa untuk mengemas dan membersihkan rumah secara keseluruhannya.
Masa inilah ibu nak betul-betul fokus mengemas dan membersihkan habuk serta menguruskan kain baju yang nak dibasuh dan dilipat.
Bagaimanapun, dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk ibu-ibu praktikkan bagi memudahkan kerja membersihkan lantai bagi nampak licin dan berkilat. Berikut perkongsian yang dikongsikan oleh Suziana Abd Ghani via Deco Rumah Cara Jimat
Petua nak bagi licin dan kilat tiles rumah anda, guna Sunlight je. Tuangkan sikit lepas tu boleh bancuh dengan air paip.
Tak perlu nak stres dah sebab sambil mop, sambil boleh dengar lagu. Sebelum ni mop guna sabun lantai A***, hampir 10 kali mop debu-debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah sikit.
Apabila guna sunlight sekali je mop terus nampak bersinar. Oh ye petua ni dikongsikan oleh saudara ibunda yang tinggal di KL sebab dia memang contractor cleaning services.
Berdasarkan perkongsian tersebut juga, ramai yang meninggalkan komen dengan memberitahu pernah mencubanya dan memang elok.
“Try mop dapur letak sikit sunlight campur air panas sikit memang elok hilang segala minyak kat lantai. Tak payah bilas pun ok.”
“Saya memang guna Sunlight, bancuh dengan air panas, terutama ruang dapur, result memang memuaskan..”
Ada juga yang bertanya perlu bilas atau tak selepas mop. Jawapan daripada yang biasa menggunakan cara ini jika nak bilas pun tiada masalah. Boleh bilas sekali untuk nampak lagi bersih.
Kredit: Heze Zamri
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami perlu bahagiakan isteri di pagi hari. Ia umpama kunci yang sangat penting untuk menentukan emosi isteri sepanjang hari berkenaan. Jadi para suami dah tak perlu risau lagi untuk hadapi isteri yang selalu ‘bad mood’ sekiranya anda berjaya ‘tackle’ hati pasangan setiap pagi.
Bagaimana teknik yang perlu dilakukan. Penulis Buku Dan Pakar Motivasi, Najmi Nawawi kongsikan 5 teknik penting berkenaan apa suami boleh cuba lakukan untuk bahagiakan hati isteri pada setiap pagi.
Bangun lebih awal dari isteri
Ianya nampak macam biasa, tetapi mampu memberi kesan besar kepada emosi isteri. Para suami kalau boleh jangan biarkan isteri yang kejut anda dari tidur, kerana anda ialah pemimpin keluarga dan perlu tunjuk contoh yang baik kepada isteri. Isteri akan rasa bahagia kerana suaminya seorang yang berdisiplin dan layak dihormati.
Senyum dan berbual dengan isteri
Banyakkan bertanya tentang aktiviti yang isteri anda akan lakukan. Jika isteri anda bekerja, boleh juga tanya tentang kerjanya, adakah semuanya berjalan dengan baik atau tidak. Yang paling penting ialah perlu sentiasa senyum. Isteri pastinya akan rasa selamat dan disayangi sepanjang hari.
Jangan terus melihat smartphone
Ini ialah satu pantang larang yang besar dan jangan dibuat kerana mampu menanam emosi tidak gembira dalam isteri anda. Sekadar untuk melihat waktu dan tutup alarm itu tiada masalah, tetapi ia akan jadi masalah kalau bangun tidur terus menghadap laman sosial dan tersengih sendirian. Umpama, alam maya itu lebih utama dari alam realiti yang ada di depan anda. Lupakan smartphone untuk seketika dan tataplah wajah pasangan anda.
Kemaslah rumah itu sikit
Katil, ruang tamu dan dapur ialah kawasan yang kita perlu sentiasa pastikan kemas sebelum keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Kalau tidak ia akan memberi impak tenaga yang negatif jika kita pulang dari kerja nanti dalam keadaan rumah yang tidak kemas. Jadi kalau sebagai seorang suami kita boleh kemaskan serba sedikit mana yang sempat, pasti akan membuat isteri bertambah gembira.
Beri perhatian kepada anak
Tunjuk depan isteri bahawa kita juga tidak lupa tentang kewujudan anak-anak. Luangkan masa untuk tegur anak-anak dan beri ciuman dan pelukan kasih sayang pada anak-anak. Ianya umpama langkah akhir dalam usaha kita untuk ‘tackle’ hati isteri. Suami yang zahirkan kasih sayang pada anak-anak setiap pagi ialah suami yang tulus ikhlas mahukan yang terbaik untuk keluarganya. Saat ini, hati isteri anda sudah ibarat di taman-taman bunga bahagia.
p/s : Apa-apa pun aku nak tahu juga, apa pula yang kalian buat di pagi hari dengan pasangan? Mungkin boleh kongsikan.
Yana Samsudin berkongsi tip keibubapaan. Dalam mendidik anak tunggalnya Aisy Mateen, dia tidak sekali pun menyebut perkataan ‘takut’ supaya tidak mahu anak terikut-ikut. Malah dengan suaminya, Fadzil Zahari pun sanggup mengeja sahaja perkataan ‘takut.’
Anak Yana, Aisy Mateen, 2 tahun mengikuti Yana ke Serian, Sarawak ternyata sukakan alam semula jadi. Yana turut berkongsi bagaimana Mateen menyukai air sungai tetapi takut untuk masuk ke dalam air.
Mateen setakat ni menunjukan minat yang tinggi terhadap alam semulajadi.. haiwan, air , gunung awan … nampak air je dari jauh dah jerit Water!!!! Air!!! Fishhhh!!! Tapi bila suruh berendam sorang sorang dia takut.. hahaha . Kalau swimming pool baru baru ni dia berani sikit mungkin sebab air tu jernih. Adalah dia berangan nak terapung kat pool dalam..
JANGAN TAKUTKAN ANAK!
Sebagai ibu, Yana juga tidak gemar menggunakan perkataan ‘takut’ kepada anaknya Mateen. Katanya faktor sekeliling turut memainkan peranan walau pun ibu bapa mengelakkan daripada menggunakan perkataan itu. Takutkan anak dengan hantu, lemas dan pelbagai perkataan negatif boleh buat anak jadi takut tapi tidak tahu apa makna sebenarnya.
Satu je nak pesan budak budak ni sebenarnya jangan kenalkan dia dengan perkataan “takut” .
Kadang kadang mak ayah tak nak sebut langsung depan anak sanggup eja, tapi orang sekeliling kita suka sebut perkataan takut, suka takut kan budak, takut hantu lah, takut lemas lah, takut itu takut ini apa sahaja perkataan negatif lah. Lama lama budak budak jadi takut tapi tak tahu takut apebendaaaa… hadoiiii.
MATEEN TAKUT-TAKUT MAU
Si kecil Mateen berminat dengan air sungai tetapi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Kata Yana, itu namanya takut-takut mau!
So berbalik dengan Mateen, nak biasakan diri dia kena lah warm up dulu.. basah kan muka dia dulu, bagi dia pegang air dan celup sikit lepas tu lama lama dia ok. Dia pun dah mula tengok orang terjun terjun lama lama dia pun seronok lupa dah perasaan takut huhuhu. Tapi perasaan takut tu masih ada… hahaha normal lah… .
Ni namanya takut takut mau… .
Siapa yang kat sini sama dengan saya , tak nak sebut perkataan takut tu depan anak? Sanggup eja? Apa pendapat korang pulak? #mateendanmommy
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.