Renunglah Wajah Anak Masa Tidur. Datang Rasa Bersalah, Maknanya Allah Jentik Hati Kita

Share

Setiap orang ada cara tersendiri mendidik anak. Ada yang bertegas, ada ibu bapa yang guna pendekatan santai dan tak kurang juga sesekali menggunakan kata-kata kasar.

Tidak kira apa pendekatan ibu bapa guna, yang pasti ramai harapkan anak disiplin dan sentiasa membanggakan ibu bapa.

Mungkin dari pendaoat peribadi ibu bapa, mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa didikan sedemikian dipilih untuk membesarkan anak-anak.

Walaupun banyak perkongsian daripada pakar psikologi namun berapa ramai antara yang betul-betul ikut cara yang betul. Mungkin waktu marah kita tak rasa salah tapi bila anak tidur rasa penyesalan itu datang dengan sendirinya.

Seperti perkongsian seorang bapa, Izzat Ibrahim Shamjuddin , kita sebagai ibu bapa tak lari daripada melakukan kesilapan ketika mendidik anak.

Entah kenapa balik rumah lewat malam semalam, timbul rasa penyesalan dan rasa bersalah yang teramat sangat kepada anak.

Saya renung wajah Abdurrahman yang sedang tidur. Saya teringat reaksi dia kalau saya cubit atau sedikit kasar. Saya luahkan rasa bersalah itu pada isteri.

1. Terbayang reaksi dia selepas kena cubit. Menangis kesakitan sambil menyapu dan melihat tempat yang kena cubit. Mencubit satu yang menyakitkan.

2. Setiap kali ada kes anak mati didera, mesti ada kesan cubitan. Mungkin mak ayah awal-awal cubit perlahan. Tapi lama kelamaan akan cubit lagi kuat. Budak itu meninggal mungkin sebab tekanan perasan yang amat kuat. Atau cubitan itu terkena saraf yang sensitif untuk kanak-kanak.

3. Abdurrahman masih kanak-kanak dan belum mumayyiz pun. (tidak tahu membezakan baik dan buruk). Tiba-tiba kena hukuman dan dia tidak tahu apa kesalahannya.
Bagi saya ini sebuah bentuk kezaliman. Saya rasa berdosa. Tidak sepatutnya perbuatan ini dilakukan oleh orang yang cuba membawa imej keadilan.

4. Rasa looser betul sebab tak dapat lebih kreatif dan lebih rasional mendidik anak.
Saya istighfar sambil buka beberapa laman sesawang tentang kesan mencubit atau memukul anak.

Banyak kesan buruk berbanding kesan baik sekiranya kita kerap pukul anak. Antaranya:

1. Dia akan tiru apa yang kita buat. Akan buat pada orang lain. Maka tradisi kekerasan akan berulang. Dia hanya akan memukul untuk sampaikan perasaan marah.

2. Anak akan lebih membantah. Lagi dipukul, lagi dia buat. Tidak berkesan pun untuk jadikan mereka berdisiplin.

3. Anak akan menyimpan rasa marah terhadap ibu ayah. Perasaan itu menyebabkan dia akan melakukan perkara yang tidak dijangka apabila besar nanti.

4. Anak akan rasa dia tidak disayangi. Bertambah lagi kalau kita pukul depan orang lain. Dia rasa tidak dihormati.

5. Dia akan kurang berfikir dengan baik. Mungkin kesan daripada kita sendiri menghukum dengan emosi dan tanpa berfikir dengan lebih rasional.

Begitulah dan sebenarnya banyak lagi. Allahu. Bergetar jantung saya rasa besarnya salah saya pada anak.

Rasa bersalah pada diri sendiri. Bercakap tentang adil, diri sendiri yang pertama perlu membuat keadilan. (Meletakkan sesuatu pada tempatnya).

Kredit: Izzat Ibrahim Shamjuddin
Semoga Allah mengampuni.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN