Apa kuih berbuka hari ini? Apa kata kita ubah kelainan dengan agar-agar pandan kelapa muda yang begitu segar dan enak rasanya.
Puding dua lapis dengan isi kelapa ini buat anak-anak tertarik. Rasa lembut dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian Rose Aien Ramli.
Untuk isi kelapa:
250ml air + santan pekat
1 sudu teh serbuk agar-agar
2 helai daun pandan
2 sudu besar gula
Lapisan bawah:
300ml air kelapa
1 sudu teh serbuk agar-agar
2 helai daun pandan
2 sudu besar gula
Lapisan atas:
1 sudu setengah teh agar-agar serbuk
400ml santan + air
3 sb gula
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Untuk isi kelapa, masak dan sejukkan air, serbuk agar-agar, santan dan gula. Biarkan mengeras.
Dah sejuk boleh sagat pakai sagat kelapa. Kalau tak boleh jugak boleh guna sagat cheese.
Untuk lapisan bawah pula, masak sehingga larut kemudian masukkan agar-agar yang telah kita sagat tadi. Tutup api & masukkan ke dalam acuan (masuk separuh sahaja).
Menarik: Mudah Sangat Buat Bebola Coklat Ni, Hanya Kisar Biskut Marie, Tak Bakar Pun!
Resipi Kuih Sagupal Kegemaran Orang Pantai Timur, Sedap Berlemak, Nak Buat Pun Senang!
Resipi Jemput-Jemput Nasi Jejari Ketam, Isi Penuh & Lembut, Buat Makan Lepas Terawih!
Untuk lapisan atas pula, satukan semua bahan dan masukkan pewarna hijau. Masak sampai larut kemudian boleh penuhkan acuan tadi.
Biarkan sejuk dan sedia dihidangkan.
Siap!
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma