Berbuka di petang hari, tak sah kalau tidak ada kuih sebagai pembuka selera. Apa kata kali ini kita sediakan agar-agar pandan berlumut cantik. Namun cara hendak membuatnya perlulah tepat.

Nak pastikan lumut cantik, resipi perkongsian Muhammad Ali ini mama kena cuba. Ada tip bila perlu untuk tutup apinya. Barulah cantik.

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!


Yang penting sedap, mudah, rasa berlemak. Sebelum tu jangan lupa belanja ♥️♥️♥️. Jom buat!

Bahan – Bahan : ( Loyang 8 inci)
12 gram agar agar tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200ml santan
1 biji telur
125 gram gula / setengah cawan gula ( Resepi ni saya mmg kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay)

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!
1. Blend 4-5 daun pandan bersama 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan.

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!

2. Kacau sebati 200 ml santan, 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan + telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.

Ads

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!

3. On api, masukan 4 cawan air + 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.

4. Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!

5. Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nak bagi santan dia terpisah dengan air.

Ads

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!

6. Bila dah 1-2 minit. Off api. Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!

7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan.

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!

Ads

Selamat mencuba!

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Resepi Agar- Agar Pandan Santan Berlumut Cantik, Ikut Langkah Ni Confirm Jadi!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI