Pengambilan gula lebih berbahaya karena cepat meresap masuk ke dalam tubuh. Jika diambil secara berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan terutama pada pesakit diabetes.
Pelbagai menu yang boleh mama buat untuk anak tanpa menggunakan gula putih. Yang penting lebih sihat!
Jom kita try buat air tanpa gula putih untuk anak berbuka puasa nanti.
Baca:
“Tengoklah Menu Sahur Anak Dia” Anak Kacukan Melayu Jepun Ini Raih Perhatian Ramai
Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan
“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa
5 jenis air saya share kalini. Semua tak ada gula putih.
1. Homemade ribena
Bahan : Anggur, madu, air sejuk
Cara buat : Masuk anggur dan air, blend kasar, tambah madu dan kacau sekata.
2. Homemade milo
Bahan : Serbuk kakao, gula kelapa, gula tebu asli, garam Himalaya, susu
Cara buat : Blend serbuk kakao, gula kelapa, gula tebu dan garam, kemudian campurkan dengan susu.
3. Air lemonrange
Bahan : Lemon, oren, madu, air
Cara buat : Blend kasar lemon, oren dan air, kemudian tambah madu.
4. Air sarsi
Bahan : Kayu sarsi, gula tebu asli, molasses, daun pandan, air
Cara buat : Rebus kayu sarsi, gula, molasses, dan pandan dan air, sejukkan.
5. Air kordial oren
Bahan : Oren, air, madu atau gula tebu asli
Cara buat : Masak perahan air oren dan madu/gula, kemudian bancuh dengan air
Kredit: Mazliana Mazlan
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)