Aiskrim dan anak memang tak boleh dipisahkan. Dapat je aiskrim, anak yang menangis pun boleh diam. Bagaimanapun, jika terlalu banyak makan aiskrim yang dijual dipasaran pun tak elok juga kerana kandungan gulanya tinggi.
Namun, ada alternatif lain yang lebih sihat. Boleh buat aiskrim buah untuk anak dan semestinya banyak khasiat vitamin yang anak akan dapat. Jika makan begitu sahaja, ada anak-anak tak berapa suka. Tetapi ibu boleh mengolahnya menjadikan aiskrim. Mesti anak suka.
Perkongsian di Mar Maria yang berkongsi idea aiskrim buah ini sangat mudah dan menarik!
AISKRIM BUAH HOMEMADE UNTUK ANAK
Hari ni saya nak share resepi aiskrim. Ikut mummy nak kisar susu dengan buah atau kisar buah dengan air pun boleh juga macam buah mangga sebab dia dah manis.
**Mama yang ingin dapatkan pelbagai makanan bayi yang semulajadi, beli DI SINI
Nak aiskrim rasa lagi sedap boleh kisar susu tambah yogurt dan buah. Rasa masam-masam sikit. Buah kalau tak nak kisar sekali boleh cincang-cincang letak dalam acuan aiskrim.
Ini cara saya buat aiskrim untuk anak saya Adam Rayyan berusia setahun.
1. AISKRIM MANGGA
Air dan buah mangga. Kisar semua sekali dan letak dalam acuan aiskrim. Sedia untuk dibekukan.
2. AISKRIM YOGURT KIWI
Susu full cream (panaskan), yogurt dan buah kiwi dicincang. Letak dalam acuan aiskrim dan sedia untuk dibekukan.
3. AISKRIM DRAGON FRUIT
Susu full cream (panaskan) dan dragon fruit dicincang. Letak dalam acuan aiskrim. Sedia untuk dibekukan.
Haa mudah sangat kan! Ibu ayah dan anak-anak yang dah besar pun boleh join sekali makan aiskrim ni. Gerenti berkhasiat.
Kredit: Mar Maria
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI