Resepi Aiskrim Epal Kiub 2 Bahan, Tambah Yogurt Lagi Sedap, Laju Anak Makan!

Share

Resipi aiskrim dua bahan ini memang mudah. Malah bahannya pun teramatlah ringkas. Resipi Aiskrim Yogurt daripada Umairah Jamaah ini memang unik dan kreatif. Paling menarik hanya gunakan dua bahan sahaja iaitu yogurt dan epal. Mudah!

 


Musim panas ni best kan kalau dapat makan benda sejuk-sejuk. Lagi best kalau anak-anak dapat buat sendiri makanan tu.

Dapat la sekali-sekala belajar guna bahan kat dapur. Belajar bab sukatan. Ingat steps nak buat makanan tu. Latih kemahiran berfikir. Latih kemahiran motor halus. Yang paling penting ibu dan anak dapat ber’bonding time’ sesama 💗

Ni Kak Mai share resepi ice-cream termudah diabad ini. Guna dua bahan aje. Tak payah nak prepare sangat. Simple.

Bahan-bahan:-
• 1 cawan yogurt (nak letak extra pun boleh)
• Sebiji Epal

Epal tu dadukan. Pastu masukkan ke dalam blendar. Masukkan jugak secawan yogurt tadi.

Ni watak tambahan. Kalau ada serbuk kayu manis, boleh aje letak sikit. Kalau ada la. Kalau takde tak apa. Kan epal match dengan serbuk kayu manis kan.

Ok dah siap blend. Tuang kat dalam tray macam ni. Pastu sejukkan kat dalam peti ais.

Siap!

Menarik: Ajar Anak Rasa Semua Makanan, Baru Tak Memilih, Dr Fatin Liyana Kongsi Tip Anak Susah Makan!

Nak bercuti dan relaks dihujung minggu, jom bawa anak ke The 5 Element Hotel.

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby!

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM