Resepi Apam Balik Gedik Guna Kuali Non-Stick. Makan Panas-Panas Terbaik!

Share

Teringin nak makan apam balik, tapi nak keluar rumah fikir dua kali apa kata buat je apam balik homemade. Tak perlu dah nak tunggu ada pasar malam atau pasar tani baru boleh makan.

Lagipun dengan modal RM10 rasanya dah dapat berbiji-biji apam balik yang best dan memenuhi citarasa anda. Nak makan sarapan, tengah hari, petang atau malam terpulang. Kita yang buat sendiri, tak kisahlah kan! Nak letak jagung atau kacang lebih atau tambah apa-apa topping pun boleh.

Perkongsian resipi Nurul Ain Binti Essa ini boleh anda cuba. Mudah sangat dan yang penting kena ikut tip itu satu persatu.

Ramai kawan-kawan minta resepi apam balik. Dekat sini Ain berikan resepi apam balik tergedik-gedik waktu panas ting-ting.

Dan kalau nak menjadi, kena ikut tip-tip ni ye. Jadi kat bawah ni Ain sertakan Resepi Apam Balik Gediks by Ain Essa sekali dengan videonya.

Resepi ini telah diolah semula dan semua yang buat nanti mesti puas hati menikmatinya bersama keluarga.

Resepi apam balik (buat dari rumah, guna kuali non-stick)
– 2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan gula
– 1 sudu kecil soda bikarbonat
– 2 sudu kecil baking powder
– (jika ada Mauripan boleh tambahkan 2 sudu kecil )
– Sedikit pewarna kuning
–  1 biji telur
– 1 ½ cawan air
Semua bahan-bahan di atas di blender.

BAHAN TABUR:
– Kacang tanah kisar
– Jagung manis dalam tin
– Gula
– Marjerin

Tips nak jadi gedik dan gebu :-
* Blender dengan masa yang lama antara 1-2 minit
* Di perap.. sekurang-kurangnya 1 jam
* Di tutup ketika masak
* Adunan dalam kuali pan jangan tebal-tebal..

(Kaedah yang Ain buat:- Tuang dalam kuali pan, tuang adunan di tengah-tengah dan cukup sekadar menutup dasar kuali pan) atau sesenduk sup.. (lihat kebesaran kuali masing-masing tau) kalau Ain.. pan kuali yang kecil.

Selamat mencuba ya!
Gambar :- kredit pada rakan2 y dah mencuba.. terima kasih..

Kredit: Nurul Ain Binti Essa

Nak dapatkan info lanjut mengenai e-WORKSHOP ini klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

Published by
Wan Amy