Apam mekar merupakan kuih yang tidak lekang dek masa. Kuih ini memiliki tekstur yang gebu, lembut dimulut dan sedap. Dan semestinya kuih ini menjadi kegemaran anak-anak kerana warnanya yang sangat cantik.
Ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!
Resepi Apam Mekar Paddle pop🌸
Ads
Bahan-bahan:
1 cawan setengah gula
3 biji telur
1 makan ovellet
2 penutup perisa ros
3 cawan tepung gandum
1 cawan air gas aiskrim soda
Ads
Cara penyediaan:
Ads
- 1 cawan setengah gula + 3 biji telur + 1 sudu makan Ovellet + 2 penutup perisa ros..
(Mix Smpai Kembang bewarna putih) - 3 cawan tepung gandum + 1 cawan air gas aiskrim soda .. (Masukan secara berselang seli kedalam bancuhan pertama tadi.. sehingga habis.. mix sebati Hingga Gebu..
- Bahagikan dengan beberapa jenis warna yang disukai.
- Masukkan kedalam beg pipping, potong sikit muncung depannya.
- Masukakn cupcake kedalam acuan lompang.
- Pippingkan adunan ikut suka warna dan mesti kena sama penuh dan tinggi dengan bekas cupcake tadi.
- Panaskan Pengukus dengan api besar dan kuat, bagi air gelegak lama sikit.
- Baru kukuskan Apam Mekar ni selama 10minit.
- Api Memang kena kuat dan paling besar.
- Balut tutup pengukus dengan kain bersih.
Kredit:Wifedyah Hbbylie
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI