Resepi Apam Oat Labu Yang Mudah, Kudapan Untuk Bayi 9 Bulan Ke Atas

Share

Bila ada anak kecil mama memang kena lebih kreatif dalam menyediakan makanan yang berkhasiat supaya bayi tak jemu dan tak tolak makanan. Yang penting dalam setiap resipi mama sedia pastikan tiada garam dan gula ya!


Kalau mama nak cuba buat makan pagi atau petang untuk si manja mama yang dah masuk 9 bulan dan ke atas boleh cuba resipi apam oat labu yang mudah ni. Selamat mencuba!

Mama Adyan bersiaran untuk menu 9 & 10 bulan. Macam biasa 👶 pantang nampak makanan,sengih smpai telinga hati banyak senang nyonya oii🤗🤗healthy food for baby😘😘

Bahan-bahan:

2 sb rolled oat organic
1 biji Telur
1 sb cream cheese
1 sk kismis
Labu – 12 potongan kecil (yang ni agak-agak je ikut rentak hati)
1 sb susu formula (jika baby tidak minum fm, ganti dengan susu full cream (sukatan agak-agak jangan terlalu cair atau terlalu pekat)

Cara penyediaan:

1. Blend semua bahan


2. Masukkan bahan yang sudah kisar ke dalam acuan


3. Kukus selama 20minit/sehingga masak

Siap untuk dihidang, selamat mencuba!

Kredit: Muslimah Islam

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa