Anak mana yang tak suka makan ayam goreng. Lagi-lagi ayam goreng dengan keruping rangup, sepinggan ayam goreng boleh licin dalam tempoh sekejap saja.
Resipi perkongsian Nrl Intan Syafinas ini lain macam keruping rangupnya. Jom cuba!
Resepi ayam goreng crunchy by syafinas, menggunakan Tepung Bestari Original sahaja.
Bahan utama
Ayam
Tepung Bestari Original (nak guna yang spicy pun boleh) ikut selera masing-masing
Minyak
Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam. Kena fahamkan jangan la letak 1 plastik tepung nak perap tu, agak-agak ayam banyak mana, banyak tu la tepung nya. Bancuh dengan air.
Ads
Lagi lama ayam diperap lagi rasa juicy tau tapi kalau tak nak perap lama pun tak pe dalam 10 minit pun ok. Ikut pada kerajinan nak menunggu. Yang ni saya tak bancuh dengan telur sebab kalau letak telur minyak kan jadi cepat hitam. (jangan letak garam /perasa sebab tepung bestari ni dah cukup masin)
Tepung kering (menggunakan tepung bestari jugak) guna bekas yang besar sebab senang nak gaul ayam nanti.
Ambil ayam yang diperap tadi ke tepung kering dan gaul sama rata. Masa ni tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam.
Ads
Ni lah kejadian ayam.
Ok yang ni sediakan bekas/mangkuk ikut pada korang la. Isi air dalam bekas (air sejuk @air paip terpulang )dan letak penapis. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam dan remdam ayam, jangan lama sekejap je dalam 2 saat.
Angkat ayam direndam tadi dan toskan.
Ads
Lepas tu masukkan semula dalam tepung kering dan gaulkan (tepung kena banyak ye jangan sikit nanti tak jadi kerinting ayam). Lepas tu akan nampak hasil kerinting macam ni.
Goreng ayam ni saya pilih dalam periuk sebab kejadian ayam bila digoreng akan jadi cantik. Minyak kena banyak bila goreng ayam tu, tak ada la hangit tang bawah tu.
Ni lah hasilnya. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih akok ini agak popular lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Jika dilihat cara pembuatan secara tradisional sangat merumitkan. Tidak hairanlah ramai yang hanya membeli di kedai sahaja. Namun, dengan teknologi yang ada sekarang, resipi sudah diolah dan lebih memudahkan bagi yang ingin mencuba untuk membuat kuih ini sendiri di rumah.
Resipi akok menggunakan pembakar roti yang dikongsi oleh Puan Halimatun AsSaadiah Ismail sangat mudah. Confirm jadi dan senang disediakan. Boleh dicuba untuk dijadikan juadah berbuka nanti.
Sedap di makan panas-panas dan tak bau hanyir telur walaupun dah sejuk..
Resepi sy dah adjust sikit
(1 cawan air + Gula pasir + gula merah + daun pandan) Masak air gula & sejukkan Sukatan ikut kemanisan masing-masing
Bahan-Bahan
1) 5 biji telur 2) Sedikit perisa pandan/contoh pada gambar (option)
Perisa pandan ni ada color.. so nampak kuih akok tu seakan-akan hijau.. tak perlu blend daun pandan dah..
3) Secubit garam 4) Santan 1/2 kotak (size kecil) 5) Tepung gandum 3 sudu makan (blend semua sekali dalam 2 minit) 6) Masukkan 2 sudu minyak masak untuk effect golden brown 7) Masukkan air gula yang dah sejuk tadi, blend sekejap
Lepas tuang sila tutup ye.. bakar selama lebih kurang 5 minit.. kalau masih belum nampak golden brown tutup semula penutup then bakar lagi..
Homemade chicken powder mungkin sudah biasa bagi semua ibu dalam menambah rasa dalam menu bayi kita. Namun serbuk ayam yang satu ini lain daripada yang lain. Penambahan batang seleri yang dimasak sekali dan kemudiannya dikisar halus buat anak sihat. Bukan menambah rasa sahaja bahkan khasiatnya pun baik untuk anak kita.
Resipi ringkas tetapi sihat dan berkhasiat yang dikongsikan oleh Puan Ana Maria menerusi grup Happy Baby Foods Malaysia ini mama wajib cuba. Potong batang saleri kecil dan tumiskan hingga lembut. Jom cuba!
Homemade chicken powder Umi style. Selalu orang buat guna isi ayam semata kan. Saja umi try tumis dengan unsalted butter dan campur dengan celery. Serius bau wangi ja serbuk ayam ni.
2 ketul dada ayam
1/2 batang celery
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit unsalted butter
Tumis bawang dengan unsalted butter sampai lembut.
Masukkan celery dan saute hingga lembut.
Masukkan ayam dan goreng sehingga kering air.
Carik halus-halus kemudian keringkan dalam oven. Suhu 120°c dalam lebih kurang sejam. Biarkan sejuk, dan blend sehingga halus.
Siap stok bahan perasa natural.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah bekerja seharian, mama pun sibuk dan terlupa nak sediakan makan petang untuk anak-anak. Resipi simple sebenarnya penyelamat mama! Jom sediakan mini paratha onion sosej dengan menggunakan 3 bahan sahaja.
Umie WFH… kol 4 masih ngadap laptop..Anak-anak dok merengek lapar… Abis keje kol 4.30 terus kuarkan sosej & paratha onion dari freezer… Cepat, ringkas & sedap…. Settled minum petang!!! Anak-anak kenyang, umie gumbira.
Bahan-bahan:
Roti paratha onion (potong 4)
Mini sosej
Telur 1 biji
Cara penyediaan:
Gulung 2 batang mini sosej dalam 1/4 roti paratha
Sapu telur
Bakar dalam AF 180/ Masa 10min
Kredit: Wan Ramlah Wan Rahimi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.