Resepi Bebola Cheese Tarik Sedap Boleh Naikkan Berat Anak, 4 Bahan Saja!

Share

Bagi anak yang kurang gemar makan nasi, makanan dari sumber karbohidrat lain seperti aneka mi, pasta dan roti antara yang disarankan. Namun kudapan dari kentang dan keju boleh juga disarankan untuk anak.

Jom tambahkan berat badan anak kecil kita dengan kudapan ringkas ini. Senang sahaja, empat bahan sudah tersedia. Jom cuba resipi perkongsian Pn Noratiqah Nordin ini.


Anak Ika pantang kalau ika masak bebola cheese tarik ni. Tak lekang senyum dia hehehe.
Sebab akan dapat tarik cheese tu panjang-panjang dan akan cakap, “ummi, sedappp la, ibrahim suke bebola cheese”

Bahan-bahan:
Cheese mozarella
Bread crumb
Tepung
Telur

Potong dadu cheese mozarella ni.

Mula-mula salut mozarella dengan tepung.

 

Kemudian salut dengan telur.

Last sekali salut dengan bread crumb. Ulang cara yang sama sebanyak 3 kali. Supaya masa goreng tak keluar cheesenya.

Boleh la goreng. Dah keperangan. Boleh la angkat.

Taraaaa siap!

Menarik: Konon Nak Kumpul Duit Raya Anak Jadi Banyak, Sudahnya Tak Perasan Letak Di Mana, Lebih Baik Simpan Cara Bijak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SRM