Dalam keadaan tertentu, ada di kalangan ibu bersalin dan suaminya lebih selesa memilih berpantang sendiri di rumah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
Jadi, dalam keadaan sebeginilah, suami perlu menjalankan tanggung jawabnya. Memandangkan isteri masih lemah, dia memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami untuk beberapa urusan termasuklah hidangan makanan berpantang.
Di sini Pa&Ma kongsikan resepi-resipi yang boleh para suami sediakan. Langkah penyediaannya mudah sahaja. Pasti selepas ini suami boleh dipanggil papa chef!
Ikan panggang
1. Basuh bersih ikan pilihan. Ikan yang sesuai semasa berpantang ialah ikan berisi seperti merah, tenggiri dan lain-lain.
2. Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan.
3. Balut ikan dengan daun kunyit atau daun pisang.
4. Panggang menggunakan pemanggang ajaib.
5. Setelah masak, buang daun pembalut ikan. Sedia untuk dihidangkan.
Kita selalu merasakan bahagian telinga anak kurang bermasalah sedangkan ada banyak risiko lain yang boleh menyebabkan anak tidak selesa. Salah satunya adalah masalah ‘Preauricular Sinus’, cyst atau kantung pelik yang terjadi di telinga. Bukan anak saja, orang dewasa pun kena periksa.
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi, Telinga, Hidung & Tekak, penyakit ‘Preauricular Sinus’ biasanya kelihatan seperti lubang pada bahagian depan telinga.
Lubang Pada Telinga
Cuba anda lihat gambar. Tengok telinga anak anda. Tengok telinga suami, isteri atau anda sendiri di cermin. Pernah tak jumpa lubang seperti ini di telinga?
Kalau ada, apa yang anda nak buat? Perlu dirisau ke? Apa itu ‘preauricular sinus’? Pernah dengar sebelum ini?
Sinus Preauricular adalah kecacatan kongenital biasa yang pertama kali dikenalpasti pada tahun 1864. Biasa berlaku di kawasan depan telinga kita.
Penyakit ini biasanya dikenalpasti semasa pemeriksaan fizikal rutin. Ia dapat diketahui dengan pembentukan cyst atau bonjolan yang boleh menjadi bengkak di hadapan telinga. Selalu juga saya perasan kes-kes seperti ini, bukanlah ‘rare’ sangat untuk ditemui di klinik ENT.
Anda mesti tertanya-tanya. Bagaimana boleh dapat masalah ini?
Sinus Preauricular diwarisi secara autosomal dominan. Ia boleh timbul secara spontan. Ia juga boleh berlaku di kedua-dua belah telinga dalam 25-50 % kes, dan boleh juga berlaku pada sebelah bahagian sahaja.
Ubat antibiotik serta pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair nanah perlu dilakukan sekiranya cyst atau kantung tersebut mengalami jangkitan.
Walaubagaimanapun, untuk sesetengah pesakit, pembedahan untuk membuang semua cyst/kantung tersebut mesti dilakukan sebaik sahaja jangkitan pada lubang tersebut sembuh. Ini bagi memastikan jangkitan sinus preaurikular tidak berulang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapapun yang sudah melahirkan pastinya seakan tidak percaya bahawa anak yang dikandung sekian lama kita sudah mula menceriakan kehidupan seorang ibu. Masih terasa saat hangat di dalam perut ibu. Terasa satu kenikmatan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Bersyukur kerana Allah memberi rasa yang tidak terhingga.
Inilah yang dilalui oleh Dian Pelangi yang kini sudah pun bergelar ibu. Dian selamat melahirkan bayi perempuannya, yang diberi nama Rumi pada Ahad, 16 Agustus 2020 di RS Brawijaya.
Kini walaupun Rumi sudah berada di depan matanya, ibu cantik yang juga pereka busana muslimah di Indonesia ini seakan tidak percaya Rumi hadir menceriakan hidupnya dan suami.
Dian berkongsi kisah itu menerusi instagram miliknya. Malah menerusi entri itu juga, Dian turut berkongsi beberapa keping gambarnya bersama si comel Rumi.
“Saat anak lahir, ketika itu juga seorang bernama ibu dilahirkan. Wanita wujud tetapi ibu tidak pernah wujud sebelum ini,” kongsinya di instagram.
Malah ibu cantik ini juga masih merasakan kehamilannya selama sembilan satu tempoh yang cukup singkat. Rasa tidak percaya bahawa dia kini sudah pun melahirkan bayinya.
Kehamilan yang tidak mudah saat pandemik ancam dunia
Kongsinya lagi, sepanjang hamil dia banyak dibantu oleh doktor pakar yang sentiasa berkongsi nasihat dan memberikan yang terbaik sepanjang kehamilanya.
Kehamilannya berjalan dengan cukup mudah walaupun ketika seluruh dunia dilanda pandemik yang membahayakan nyawa. Rasa terharu dan syukurnya turut dikongsikan melalui entri yang sama.
“Dua minggu lalu, sebelum check out dari Hospital. Ia masih terasa seperti mimpi bahawa saya baru melahirkan malaikat kecil ini.
♥”Rasanya baru kelmarin bercerita mengenai kandungan bersama doktor @dr_dewi_prabarini. Saya sangat bersyukur dari awal lagi proses kehamilan saya banyak dibantu oleh beliau yang sentiasa bersabar, berkongsi cerita dan sebagainya.”
“Beliau juga selalu beri saya vitamin dan banyak memberikan nasihat tentang kehamilan dari sudut pandangan Islam. Menjalani kehamilan di masa pandemik sememangnya tidak mudah.
Bersyukur juga kerana rumah sakitnya sangat dekat dari rumah, cuma 5 minit. Jadi waktu ketuban pecah kelmarin Alhamdulillah tiba di Rumah Sakit on time, everything is under control and in good hands.”
Malah Dian juga sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih pada semua yang membantunya sepanjang prose kelahiran bayinya pada Ogos lalu.
“Can’t thank enough to everyone who helped me deliver our little Ru ♥️ We’re forever grateful,” kongsinya lagi.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ibu ayah yang ada anak kecil boleh guna tips doktor ini untuk rawat luka mereka serta-merta. Bila ada anak kecil memang biasa mereka akan terjatuh atau tercedera mengakibatkan terluka.
Kesakitan akibat terluka mungkin nampak remeh tapi jika tak dirawat dengan betul atau banyak menggunakan petua-petua mitos dibimbangi akan lebih memudaratkan. Dr. Kamarul Ariffin berkongsikan mitos-mitos merawat luka seperti yang banyak diamalkan oleh kita selama ini di dalam twitter beliau.
Ini thread tentang penjagaan luka. Terdapat banyak konsep penjagaan luka yang kita amalkan selama ini, ternyata salah. Jom tengok apa yang salah!
1. Lebih dalam luka, lebih sakit.
Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, lazimnya lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.
2. Luka wajib dicuci dengan ubat kuning setiap hari untuk elak jangkitan.
Ubat kuning digunakan untuk basmi kuman luka dan kulit sekeliling, ketika cucian pertama. Cuci seterusnya guna air steril cukup. Cuci luka guna ubat kuning berkala boleh sebabkan sel luka mati.
3. Mandi laut akan percepat luka sembuh.
Di hospital, ada luka dicuci dengan air garam (NaCl 0.9%). Tidak bermakna air laut baik untuk pemulihan luka. Air laut ada kuman, dan kepekatan larutan garam dalam air laut yang tinggi akan menyebabkan sakit pada luka.
4. Luka kalau dibiar terbuka lebih cepat kering(sembuh).
Luka perlu dikekalkan lembap untuk pemulihan yang pantas & elok kerana sel yang bertanggungjawab untuk pemulihan luka perlu medium lembab untuk bekerja dengan optimum. Luka perlu ditutup dengan dressing yang sesuai
5. Keruping adalah tanda luka sedang pulih dengan baik.
Kerupung tanda luka dibiarkan terlalu kering. Keruping melambatkan pertumbuhan sel baru & halang luka sembuh sekata. Untuk elakkan keruping, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai
6. Jangan tutup luka dengan plaster. Plaster tempat pembiakan kuman.
Plaster halang kuman masuk ke dalam luka, dengan syarat luka dicuci sebelum tampal plaster. Plaster lazimnya dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan dalam plaster.
7. Jangan makan telur jika ada luka. Nanti luka bernanah.
Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun, proses pemulihan luka memerlukan sumber protin. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka. Telur mentah adalah medium yang subur untuk kuman membiak
8. Jangan makan kicap jika ada luka. Nanti parut hitam.
Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Jangkitan pada luka bukan kerana kicap.
9. Nak luka cepat sembuh, letak garam, limau dan lada.
Mengarut! Nak cuci luka ke nak buat cicah ikan bakar?
Ok lepas ni harap ibu ayah tak salah rawat luka anak ya. Jangan luka kecil jadi makin teruk disebabkan tersilap rawatan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.