Resepi Biskut Bayi Cair Di Mulut. Boleh Campur Susu & Jadi Bubur

Share

Seronoknya ibu-ibu bagi makan kalau anak dah masuk 6 bulan. Tapi kadang kala jika asyik bagi menu yang sama anak cepat bosan.

Ada sesetengah bayi suka makan makanan jejari kerana mudah pegang sendiri dan senang di bawa ke mana-mana jika ingin keluar berjalan.

Lagi elok jika anak dalam proses nak tumbuh gigi dan asyik gatal gusi, elok  juga diberikan biskut jejari. Paling penting tiada gula dan garam dicampurkan dalam adunan biskut ini.

Berikut perkongsian dari Puan Nurul Wahida Rosli yang dibuat untuk anaknya yang cair di mulut. Boleh cairkan letak susu EBM makan macam bubur.

Ini resipinya :
*1 ketul unsalted butter
*3 cwn unbleached flour (saya guna tepung gandum brand Faiza)
*2-3 sudu Tepung jagung
*Puree kurma/ pisang / carrot /kismis (2 Oz pun cukup)

? Pukul butter smpai kembang sekali dengan puree.
? Masuk tepung adunkan sampai tak lekat kat tapak tangan. Kalau lekat tambah tepung unbleached sikit-sikit/tepung jagung sikit-sikit.
? Bentukkan dan bakar suhu 180 drjah selama 20 minit atau sehingga masak.

Sumber: Nurul Wahida Rosli

Published by
Wan Amy