Si kecil mama yang baru belajar makan juga suka kalau diberi snek yang sesuai untuk mereka. pemilihan snek yang betul amat penting supaya ia dapat memberikan nutrisi yang diperlukan buat anak-anak dan juga baik untuk kesihatan mereka.
Resepi biskut kurma gebu yang dikongsi oleh Puan Nurul Syazana melalui Facebook Happy Baby Foods Malaysia boleh dijadikan salah satu snek untuk si manja mama. Cair di dalam mulut ia sesuai untuk bayi mama yang masih belum tumbuh gigi sepenuhnya. Mesti bayi mama teruja nak makan sampai habis.
Biskut Kurma Tergebu namanya. Utk bby yg Tak ada Gigi sgt sesuai. Mmg melt in mouth, lenyek dgn lidah dh hlg lebur dlm mulut. Klau pgg biasa, tk hancur. Yg ini biskut experiment, next time boleh la tukar sukatan tpg gndum 1cwn & tpg jgg ½cwn sbb ank dh mkn tekstur dewasa.
Bahan-bahan:
Biskut Kurma Butter
½cwn / ½buku / 125g unsalted butter
1cwn tepung jagung
½cwn tepung gandum unbleached
6bj kurma (tanpa kulit blend kering)
1sb susu tepung (optional)
Cara-cara:
Sedikit tips: Elakkan air dlm adunan cthnya dlm puri, biskut akn keras. Utk nk tekstur biskut yg halus, tepung ayak. Butter lembut bkn lembik, kluar peti potong cube kcil² 15-20mnt boleh terus bt. Butter jgn pukul smpai kembang nti msa bakar biskut mencair. Klau tknk biskut crack msa gelek lapik plastik. Tepung gandum boleh guna smua jenama kecuali faiza, biskut sng jd keras (Optional)
Kredit: Nurul Syazana