Antara salah satu biskut raya yang menjadi kegemaran ramai adalah biskut makmur susu. Bukan orang dewasa saja, anak-anak pun menggemarinya. Rasa lemak susu tu yang buatkan biskut makmur tu sedap sebab ianya cair di mulut.
Jika teringin untuk cuba buat sendiri biskut makmur susu ini, resepi Nora Afida boleh dicuba. Mudah sangat!
Resepi Biskut Makmur Susu
Bahan-bahan:
Bahan Doh Biskut Makmur Gebu:
4 cawan tepung gandum disangai hingga naik bau
1/2 cawan gula castor
1/4 cawan susu tepung tak kisah brand apa
3 sudu besar buttercup / minyak sapi. Cairkan dulu & tunggu sejuk
Minyak jagung secukupnya
Bahan Inti Biskut Makmur:
Ads
– 500 gram kacang tanah sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk
Minyak jagung secukupnya
Cara-cara:
Cara Buat Biskut Makmur Gebu Cair Di Mulut:
1) Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau. Campurkan tepung gandum tu bersama gula castor, butter/minyak sapi yang dah dicairkan (pastikan butter/minyak sapi dah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
Ads
2) Masukkan sikit-sikit minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
Ads
Bakar dengan suhu 150˚ selama 20 minit.
Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu. Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing.
Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebiasaanya kita akan beli bingka pandan di kedai, rasanya sangat sedap dan cukup manis. Sebenarnya cara buat bingka pandan sangat mudah dan tidak renyah. Malah ia juga menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.
RESEPI BINGKA PANDAN 💚
Bahan-bahan:
1 cwn air pandan
2 cwn santan pekat saya guna sekotak kecil santan @ayambrandmy dan campur air sehingga dapat 2 cawan)
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1 biji telur (kalau telur kecik letak 2 biji)
Cara penyediaan:
Panaskan oven. Campur semua bahan dan kisar sebati. Tapis adunan. Masukkan secubit garam (untuk menaikkan rasa lemaknya) dan titiskan pewarna hijau sedikit saja. Acuan di sapu dengan minyak. Tuang adunan dan tabur bijan.
Bakar api bawah dulu 20 minit, lepas itu api atas 20 minit dengan suhu 200°c (Saya guna airfryer selama 30 minit dengan suhu 200C dan 160C untuk 10 minit bagi mendpt lapisan perang di atas)
Selamat mencuba 😘😘
Kredit Resepi : noraslinda md radzhi
Kredit:نورليذا عزيز
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Mudahnya nak sediakan resepi American breakfast untuk set Sausage dan juga set Hashbrown. Terasa seperti makan di kedai bertaraf 5 bintang!
Jom ikuti resepi yang dikongsi wanita ini. Selamat mencuba!
Idea suami suruh buat jual #Americanbreakfast sebab dia memang suka tengok mat saleh masak. Alhamdulillah semua sukaa.
Saya sedekah resepi (American Breakfast) Style saya sendiri. Maaf jika tak serupa yang real punya macam mana.
Set sausage (Ramly) & Set hash Brown
🥪Toasted sandwich
Layerkan roti dengan chicken slice, cheese slice dengan salad je. Lepas tu bakar atas pan atas bawah bagi garing. Saya memang takde letak apa-apa sos. Healthy lah konon. Pastuu potong jangan tekan sangat nanti penyek jadi nya .
🍳 Scramble egg
Setiap 1 box masak 2 biji telur gred A. Pecah kan dalam bekas letak lada hitam , garam dan daun sup/bawang . Nak masak letak butter skit masak jagan lama-lama dan jangan kacau-kacau sampai kering . boleh tengok balik tekstur scramble tu macam mana.
lepastu serve laa dalam pinggan letak toasted sandwich (saya tak pasti potong bentuk tu ada panggilan lain mungkin) letak scramble egg atasnya boleh tabur blackpepper sikit dengan mushroom. Tambah sausage atau hashbrown. Ikut la tekak masing-masinh nak letak apa . Selamat mencuba 😘
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.