Chicken bone broth mudah disediakan dan enak dijadikan bahan rencah sajian bayi. Paling win bila ia membantu menguatkan antibodi anak.
Ibu-ibu tentu selektif bab makanan bayi. Jadi, aspek penyediaan sajian tanpa menggunakan bahan perisa tiruan amat dititikberatkan. Chicken bone broth boleh dijadikan bahan perisa semula jadi kepada sajian si kecil.
Kebaikan chicken bone broth
Resipi hasil perkongsian daripada Nur Fatin Azmi ini boleh anda gunakan. Caranya mudah sahaja, masak Chicken bone broth dalam satu hidangan besar dan bekukan dalam dulang kiub ais. Apabila ingin digunakan ambik beberapa kiub ini dan masukkan ke dalam sajian bayi. Mudah kan? Berikut ialah perkongsian beliau.
CBB on the go… stock baru abis semalam.
Semangat ummi buat chicken feet brooth untuk Umaira. Letak cbb laju ja dia mkn.. Lagi la semangat ummi nk masak utk kesayangan ummi ni..
Menguatkan antibodi dan brain food
CHICKEN BONE BROTH (CBB) sangat mudah berkhasiat dan lazat. tak perlu nak bergaram2 pun makanan baby. Ibu2 kena rajin je beli tulang-tulang. Murah je pun tulang. Nak sediakan pun simple.
Selain sebagai perasa makanan yang hebat CBB ni sangat2 bagus as IMMUNE BOOSTER dan BRAIN FOOD dan keseluruhan kesihatan tau. sediakan CBB selama yg boleh sampai tua pon takpe.
Bahan asas CBB hanya tulang , air dan mild acid.
Jika ingin menambah bahan lain, itu optional je.
CHICKEN FEET BONE BROTH
Bahan bahan:
Kaedah memasak
Rebus atas dapur gas selama 4~5jam dgn api yg kecil. Jika air kurang, boleh tambah air.
ATAU rebus semua guna SLOW COOKER selama 8 jam.
Pemilihan periuk elak keracunan toksik
Jika anda tidak memiliki slow cooker, renihkannya di atas dapur guna periuk tanah atau periuk keluli. Jangan guna aluminium sebab aluminium boleh serap masuk dalam broth dan jadi racun pulak. refer poster aluminium toxicity.
Info chicken bone broth
RENIH MENGGUNAKAN PERIUK YANG SESUAI
Jangan guna periuk aluminium atau periuk non stick
Chicken bone broth ini tidak sesuai direnihnya menggunakan periuk aluminium non stick sebab boleh menyebabkan tindakbalas dengan weak acid menjadi toksin.
Jangka masa merenih
Bila renih lagi lama ekstrak makin berkhasiat dan boleh mengakibatkan high glutamate content. Tempoh yg sesuai utk CBB adalah antara 4-5 jam, kecuali kalau menggunakan periuk slow cooker 7-8 jam manakala pressure cooker pula 1 jam tetapi pastikan inner pot ialah dari jenis stainless steel.
Sumber: Puan Nur Fatin Azmi
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.