Resepi Chicken Corn Finger Untuk Bayi, Campur Kesemua Bahan Boleh Terus Goreng!

Share

Selain makanan utama, makanan jejari juga elok diberikan kepada bayi anda. Makanan jejari boleh membantu bayi untuk makan sendiri dan bagus untuk perkembangan motor mereka.

Kalau mama papa terfikir nak sediakan makanan jejari untuk si manja, ikuti resepi Chicken Corn Finger yang dikongsi ini. Selamat mencuba!

Resepi Chicken Corn Finger

Bahan-bahan;

  • 3 biji ubi kentang
  • Tepung jagung (agak-agak mase uli , tak lekat kat tangan. Nice!)
  • Isi ayam
  • Jagung manis
  • Bawang
  • Sayur pilihan (mumy pakai carrot,spinach)
  • Serbuk bilis
  • Serbuk keju (optional)

Baca:

Suka Berlari, Melompat, Memanjat Sebenarnya Bagus! Rugi Kalau Mama Papa Bising & Larang

“Bangun Tidur Terus Cari Daddy, Kita Penat Jaga Tapi Cari Daddy” Gelagat Raja Ilya Curi Tumpuan

Rasa Otak Serabut Setiap Kali Balik Rumah? Cermin Diri Sendiri Dahulu, Cari Mana Silap Dalam Diri

Cara penyediaan:

  • Rebuskan kentang kemudian lenyek-lenyek.
  • Masukkan tepung jagung gaul bersama kentang dah dilenyek tadi kemudian, adjust tepung sampai adunan tidak melekat pada jari.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain, kemudian boleh bentukkan seperti jejari dan akhir sekali boleh goreng.
  • Kalau nak buat untuk stok frozen, boleh gorengkan separuh masak then simpan dalam freezer. Siapp

selamat mencuba mommies

Kredit: Aziela Aziz

 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
NuFa