Resepi Chicken Wrap Ala KFC, Lebih Jimat & Anak-Anak Puas Makan!

Share

Musim cuti sekolah ni,  anak-anak cepat lah lapar kan?  Jom mama cuba resepi mudah ni.  Yang penting memang puas hati dapat makan dan lebih jimat.

Ikuti resipi perkongsian daripada bel ini.

Assalamualaikum. Chicken wrap ala-ala kepchii 😘. Boleh cuba. Jimat buat sendiri sebab lagi puas hati kita nak letak isi dalam tu banyak-banyak hihi. Anak-anak mesti suka 👏👏

Bahan-bahan:

1. Roti tortilla (mission wrap)
2. Isi ayam (dada) (potong kecik)
3. Salad
4. Tomato
5. Lobak (hiris halus2)
6. Timun (hiris halus2)
7. Keju
8. Mayonis
9. Sos thousand island

Cara penyediaan:

Roti mission Wrap dibakar dalam oven 2-3 mnit. Ayam goreng tepung, bel guna yang kentucky. Ok lepas sapu rata mayonis kat atas roti wrap dan letak bahan-bahan tadi ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island, then gulung roti dan siappp. Heee. Selamat Mencuba 😘

Kredit: bel

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa