Resepi Chocolate Chip Vanilla Pancakes Saiz Mini! Senang Baby Nak Pegang & Makan

Share

Pancake antara hidangan yang paling mudah disediakan dan menjadi kegemara anak-anak. Ditambah pula dengan inti kegemaran masing-masing, memang berebut habis!

Jom mama cuba buat Chocolate Chip Vanilla Pancake untuk anak-anak. Untuk bayi bawah 2 tahun pula mama tak perlu tambah chocolate chip ya!

Chocolate Chip Vanilla pancakes 

Pancake yang gebu gebas ni mudah je nak sediakannya. Pancake ni ibu letak susu full cream untuk menambahkan lagi rasa lemaknya. Baru extra yummy! Anak pon suka☺
Abaikan Chocolate chip tu sebab baby saya dah 2y+

 

Bahan-bahan untuk pancake:

1 biji Telur

4 sb Marjerin yang telah dicairkan

1 sudu madu (boleh tambah@kurangkan- 1y+)

1/2 cawan Susu full cream(anggaran)

1 serbuk vanilla

1 cawan Tepung Gandum

 

Cara Penyediaan:

  • Pukul telur, marjerin , susu , madu (optional) dan vanilla sehingga sebati
  • Ayakkan tepung ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati
  • Sendukkan adunan atas non- stick pan dan taburkan chocolate chip ( optional untuk 2y above). Dah masak, boleh angkat dan hidangkan

Siap!

Kredit: Syazalwidad Bukhri

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa