Minggu cuti sekolah yang baru bermula ini apa agaknya resipi istimewa untuk anak-anak? Apa kata untuk minum petang ini kita sediakan Corndog menggunakan roti Paratha saja. Lagi senang!
Jika sebelum ini kita gunakan roti keping, apa kata kali ini kita gunakan pula roti paratha. Jom cuba resipi perkongsian Pn Fatihah Anis.
Cuti-cuti ni jom buat corndog untuk minum petang anak-anak.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Brand Fatihah
Mozzarella
Sosej
Bread crumb
Lidi
Potong mozzarella ikut size yang kita nak (lebih elok sama besar sosej).
Sekeping paratha dipotong empat segi panjang.
Ambil mozzarella dan sosej cucukkan pada lidi.
Gulung Mozzarella dan sosej dengan Roti Paratha yang telah dipotong tadi (seperti dalam gambar dibawah).
Golekkan dalam pinggang berisi breadcrumb sehingga semua bersalut.
Masukan dalam Air Fryer sehingga Masak(air fryer saya 180° 10minit)
Dah Masak angkat Dan letakan mayonis Dan sos cili kalau nak bertambah sedap.
Siap untuk di makan.
Selamat mencuba!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma