Resepi Cucur Durian Yang Sangat Sedap Untuk Minum Petang, Confirm Anak-Anak Suka

Share

Sempena musim doyan ni, macam-macam lah menu boleh kita buat sambil beraksi di dapur tau. Contohnya buah durian yang mengkal sedikit, usahlah dibuang. Masih boleh dijadikan bahan asas masak cucur durian tau.

Bahan-bahan:
10 ulas isi Durian
2 cawan tepung jagung
4 sudu besar susu pekat
Garam, gula & air

Caranya:
1. Ambil ulas durian mengkal dan asingkan dalam besen
2. Kemudiam, tambahkan sedikit tepung jagung untuk rasa rangup crunchy, susu pekat untuk kasi pekat serta sedikit garam, gula dan air ke dalam ramuan itu.


3. Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati dan menjadi sedikit likat.
4. Panaskan minyak ke dalam kuali, kemudian tunggu sehingga minyak betul-betul panas


5. Titiskan bancuhan durian berbulat-bulat ke dalam kuali dan tunggu sehingga keras menguning jadi bentuk cucor bebola


6. Toskan cucor durian itu, kemudian jamu dan makan ngap sap sap sui. Sulam pulak dengan ayo teh panas, zapppppp habis licin.

Kredit: Siti Rosnah

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa