Resepi dadih homemade pelbagai perisa yang sangat sedap, mudah dan sesuai disediakan untuk santapan seisi keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsi wanita ini!
Dadih homemade..tak payah guna serbuk lagi. Rasa?? sedappp..puas hati..boleh makan banyak..tambah family ramai ye.
Resepi:
1 paket agar-agar tali
1 tin susu pekat manis
5 scoop susu tepung-bancuh dalam air sejuk
5 liter setengah air
Gula agak-agak je (suka manis boleh tambah)
1 tin susu cair
Perasa
Ads
Cara penyediaan:
1. Masak agar-agar sampai agar-agar cair/hancur
2. Masukkan gula dan susu pekat manis
3. Tambah susu cair dan susu tepung(api slow)
4. Boleh la letak perasa yang suka
Ads
*untuk dadih biasa..tambah esen vanilla atau serbuk vanilla sikit
Saya izinkan share ye smua..lagi 1..kalau yang ada anak kecil..susu pekat tak sesuai kan? So..boleh ganti dengan 10scoop susu tepung ye.
Ada yang suka makan bihun sup? Dihidangkan pula dengan hirisan daging dan sambal kicap. Sememangnya kombinasi yang cukup padu. Jika dah bosan makan nasi, ini antara pembuka selera seisi keluarga.
Resipi kali ini adalah bihun sup tumis darat. Cara buatnya ringkas je tapi rasanya sangat kaw. Tabur pula dengan bawang goreng yang dibuat sendiri, lagi bertambah sedap.
Nak tahu macam mana buatnya, ini resipi yang dikongsikan oleh Teratak Eja. Jemput la mencuba.
Resepi kuah sup tumis darat
Dalam periuk
Sekilo daging potong besar-besar
2 inci halia
1 inci Lengkuas
3 biji bawang merah dimayang
10 biji bawang putih
Rempah bunjut sup tulang
Bawang goreng, buat sendiri
Air secukupnya. Masak macam biasa sampai daging empuk.. Guna api perlahan je. Reneh sup sampai daging cukup masak.. Boleh letak garam, aji, asam keping dan cukup rasa.
Potong nipis-nipis daging bila dah betul-betul empuk.
Sambal kicap
Dalam ni ada.. Kicap, garam, gula, cuka, cili, bwg merah dan bwg putih yang dah siap digoreng sampai layu..
Untuk tumis darat
Tumis empat sekawan, bawang merah dan bawang putih
Minyak untuk menumis
3 biji bawang merah mayang
1 labu bawang putih mayang
Dah siap tumis masuk kuah sup terus
4 sekawan, yang ni dah ada dalam rempah sup tulang tu.. Amik je tumis sekali dengan bawang nanti.. Goreng sehingga warna perang.. Angkat dan masukkan dalam periuk berisi daging tadi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Kebanyakan bayi mudah menerima labu sebagai makanan pertama mereka. Ini kerana rasanya yang lemak manis dan tidak begitu kuat berbanding buah-buahan atau sayuran lain.
Selain itu, teksturnya amat lembut apabila dikukus atau dijadikan puri. Labu juga jarang menjadi penyebab alahan kepada bayi. Kalau bayi anda penggemar labu, jom buatkan labu masak lemak seperti yang dikongsi oleh ibu ini.
Selamat mencuba!
Labu Masak Lemak
Menu anak 7 bulan.
Bahan-bahan:
Bawang kecil
Bawang putih
Ikan bilis
Labu
Susu full cream
*Bahan-bahan agak-agak je untuk seorang makan
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang kecik, bawang putih, sedikit ikan bilis sampai naik bau.
Kek atau muffin yang siap berurat nampak cantik. Rupanya ada cara yang mengekalkan urat yang cantik dan lebih rasa pisangnya ketika makan. Macam mana nak buat?
Perkongsian dan resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Makcik Ratu ini anda kena cuba. Cantik berurat dan sedap!
Dah jumpa balik resepi muffin pisang yang mummy suka buat sejak dulu lagi, resepi dari Chef Number Wan!
Bahan-bahan:
1 cawan atau 1 1/2 cawan pisang yg telah dilenyek
1/2 cawan butter
1/2 cawan brown sugar
1 biji telur A
1 sdt esen vanila
1 sdk baking soda
2 sdb air panas campur keduanya
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan coklat cip
Mix butter dan brown sugar sampai gula hancur dan sedikit kembang.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Mix sehingga tercampur rata.
Masukkan campur dulu 2 bahan, baking soda dan air panas. Gaul rata.
Kemudian masukkan pula tepung dan pisang kemudian kaub baliknya kesemuanya.
Masukkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 adunan dan tabur coklat cip lagi.
Sebelum bakar pastikan oven dipanaskan dulu 180 C dan bakar 25 minit.
Pisang yang sesuai-pisang berangan atau emas. Dilenyek bukan diblender supaya muffin atau kek pisang nampak berurat.
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.