Resepi Daging Harimau Menangis sangatmudah disediakan dan anda boleh buat sendiri di rumah. Resepi ini lebih menumpukan pada bahan perapan dan cara masak daging tersebut. Jadi jom kita ikuti artikel penuh penyediaan Daging Harimau Menangis dengan sos ala thai ini.
RESEPI HARIMAU MENANGIS
PERAPAN DAGING
2 kilo daging yang dihiris nipis-nipis
4 ulas bawang putih yang di cincang
Nisan padi (gula kabung)
Nampla (sos ikan)
5 sudu besar sos tiram
Serbuk lada hitam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
Kicap pekat
Ajinomoto(jika perlu)
Garam (jika perlu)
Gaul semuanya dan perap semalaman. Jangan letak air supaya daging lembut dan juicy. Goreng dengan sedikit minyak sahaja sehingga masak.
SOS HARIMAU MENANGIS
Nisan padi(gula kabung thai)
Jus limau thai
Nampla(sos ikan)
Beras goreng (blend)
Serbuk lada kering thai
Daun ketumbar (hiris)
Bawang merah(mayang)
Garam(jika perlu)
Campurkan nisan padi, nampla dan jus limau, serbuk lada kering dan beras goreng. Kacau sehingga sebati masukkan bawang yg dimayang dan daun ketumbar. Perah asam limau. Siap.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI