Menu donut antara yang menjadi kesukaan anak-anak. Namun tak semua orang boleh buat donut yang gebu dan lembut. Bagi yang jarang-jarang buat, ada ketikanya akan menghadapi masalah doh tak kembang elok.
Kali ini, untuk ibu-ibu yang anaknya penggemar donut, tetapi beberapa kali kecewa dengan resepi sebelum ini, boleh cuba buat donut dua bahan ini. Sangat mudah dan gebu.
Berikut resepi donut ball yang dikongsikan oleh Reha Rahma di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.
Bahan-bahannya :
1) Yogurt perisa asli 1 cup (130g)
2) Tepung naik sendiri ¾ cawan
Gandakan sukatan jika nak masak lebih.
Cara-caranya, ada di setiap gambar:
3/4 cawan tepung naik sendiri dan 1 cup yogurt asli 130g
Campurkan dua bahan tadi
Macam ni jadinya tekstur adunan tu
Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan
Macam tu kejadiannya. Golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Kredit: Reha Rahman
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)