Menu finger food atau berjejari sememangnya memudahkan untuk anak makan. Selain boleh dipegang sendiri, makanan berjejari ini juga buat anak lebih tertarik dan buat anak belajar pelbagai perkara ketika makan.
Nak cuba resipi simple tapi sedap dan buat anak kenyang, resipi Fries Cheese Stick rangup ini memang sedap. Jom cuba resipi perkongsian Nfe Ab ini.
Ibu ada buat cheese stick ni hari tu.
Bahan-bahan
Tepung gandum unbleached (2 1/2 cawan) tapi macam ada tambah lagi sedikit
Serbuk penaik (1 sudu teh kecil)
1 biji telur
Madu (1yr)
Air sejuk
Kentang (potong kiub kecil) rendam air sejuk sebelum salut
Cheese beqa tasty (9m ke atas)
1. Satukan kesemua bahan kecuali kentang dan cheese. Bancuh agak pekat dan masukkan dalam gelas.
2. Potong cheese kecil-kecil dan cucuk dekat lidi.
3. Celup dalam adunan tadi dan hiaskan dengan kentang yang di potong kiub tadi.
4. Goreng sehingga masak. Ibu punya meleleh-leleh cisnya.
Kalau ada sosej baby friendly boleh potong kecil-kecil selang seli dengan cheese.
Siap!
Menarik: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Sempoi, Cukup Semua Rasa, Padu Sungguh!
Nak belanja anak hujung minggu, jom dapatkan Coconut Shake 336.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)