Ramai yang tercari-cari resepi ketupat palas kan? Iyalah raya pun dah tak lama lagi mestilah nak hidang keuarga dengan juadah raya.
Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, ikuti resipi perkongsian ini.
Resepi Ketupat Palas
Bahan-bahannya;
- 2kg beras pulut – direndam selama 1jam
- 670g santan pekat (500g santan pekat + air)
- 3 senduk kecil gula ( 9 sudu besar gula)
- 2 sudu besar garam halus
Cara-caranya;
1. Kukus pulut yang telah direndam tadi sehingga masak lebih kurang 40 – 45 minit.
2. Selepas pulut dah masak. Gaulkan bersama santan yang telah diperasakan dengan garam dan gula sehingga sebati.
3. Kukus semula dalam 15 minit dan siap untuk dibungkus dengan daun palas.
4. Boleh Google macam mana nak bungkus yer.
SELAMAT MENCUBA… 😘
Kredit: Wo-aini Crafter
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI