Resepi Korean Garlic Cheese Bread Viral, Guna Roti Burger Pun Jadi. Rasa Memang Mantap!

Share

Tengah tular di laman media sosial Korean Garlic Cheese Bread yang memang rupanya sangat mengujakan. Kalau ada yang ambil tempahan mesti sekelip mata habis dijual.

Malah makanan ini juga turut menjadi kegemaran anak-anak kerana bahan seperti krim keju dan bawang putih yang enak setelah dibakar.

Bagi yang teringin untuk membuat sendiri roti ini untuk dinikmati bersama anak-anak, bolehlah ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Salbiah Mustapar melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Hanya menggunakan roti burger, menurut Salbiah ia pasti jadi dan rasanya juga tak mengecewakan.

Bg yang teringin nak buat roti korea bawang putih, tapi tak pandai nak buat roti..haa ni saya syer cara saya ye..

Saya beli bun buger yang xde bijan tu.. Belah 4 tapi jangan putus tau. .

bahan-bahan bancuhan cheese untuk celah roti”
Krim cheese 250g
Gula aising 40g
Whiping krim 30g
(mix sebati)

Bahan-bahan bancuhan garlic (celop roti)
1 labu bawang putih cincang halus
150g butter
3bji telur
1 sdu besar gula halus
Oregano
(gaul sebati)

Cara-cara:

  1. Buh krim cheese celah-celah roti tu..celop dengan adunan telur+buter+garlic+oregano..
  2. kemudian bakar dlm 20minit.. Siap!!
  3. Mkn panas-panas sedap!

Sumber: Salbiah Mustapar

Published by
SAHR