Kuih bakar pandan yang sedap haruslah memiliki kerak atas yang berkaramel, berwarna perang, serta sangat harum baunya hasilnya.
Cara penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, tapi ia menghasilkan kuih yang sangat sedap.
Hanya bakar dalam air fryer sahaja. senang , mudah ,dan cepat. Ini resepi yang di kongsi di bawah ini. Siapa ada air fryer boleh cuba.
🥧Resepi Kuih Bakar Super Simple🥧
Bahan-bahan:
- 1 Cawan air daun pandan
- 2 Cawan santan/1kotak kecil
- 2 Cawan tepung gandum
- 1 Cawan Gula
- 2 Biji telur
- 1 Sudu kecil garam
- 1 Sudu kecil esen vanilla
- 1 Sudu kecil pewarna hijau
Cara penyediaan:
Blend semua bahan tadi sampai sebati.. Masukkn dalam loyang (loyang airfryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun.
Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau.. Kira bahagi dua la bancuhan tu. Masukkan dalam Airfryer suhu 170° masa 45minit. Siap!!
Tunggu betul2 sejuk baru potong tau..Nanti bahagian tengah tu akan mendap sedikit..
Fuhhh bau dia. Serius sedap.
Selamat Mencuba 💖
Kredit: Tsu Feh Sufiah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI