Resepi Kuih Kaswi Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan!

Share

Salah satu kuih yang menjadi kegemaran ramai adalah kuih kaswi. Bertambah enak bila dimakan bersama kelapa parut, gabungan rasa manis masin yang cukup menyelerakan.

Namun, jika tersalah cara membuatnya, kuih kaswi akan menjadi keras, berketul dan tidak terbentuk cantik.

Nak buat kuih kaswi yang paling mudah dan sedap ikuti resepi ini.

Kaswi gula merah lembut sangat! Yang nak mencuba Cik Za kongsi resepi kat bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam dan daun pandan

Semua bahan diatas dimasak sehingga gula larut dan tapis ketepikan. Air gula yang dimasak jadikan 2 cawan.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3 cawan air biasa
  • 1 Sb air kapur

Cara penyediaan:

Satukan semua bahan kemudian masukkan kedalam blander. Campurkan sekali air gula merah tadi.


Bland sehingga sebati. Sapu loyang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan tadi dan kukuh sehingga masak. Cikza kukus selama 45 minit.

Cikza guna loyang 9×9. Selamat mencuba

Kredit: Nor Afidah

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa