Resepi Kuzi Kambing Power! Mudah Dan Sedap

Share

Kuzi merupakan menu yang terkenal dari negeri Kelantan dan biasanya dimakan bersama roti jala. Selain itu, ia juga boleh dicicah dengan roti biasa.


Kuzi kambing

Bahan-bahan:

  • Setengah kilo daging kambing(direbus empuk)
  • 5 sudu susu cair
  • 1 sudu kerisik
  • 1 biji bawang besar(hiris)
  • Kacang gajus(sy guna yang dah digoreng paket kecil kat pasaraya tu)
  • Separuh biji limau nipis(ambil jus)
  • 1 biji cili hijau(dibelah 2)
  • 1 biji cili merah(dibelah 2)
  • 1 biji tomato(belah 4)
  • Kismis (goreng)

Bahan perap(dikisar dahulu):

  • 1sudu rempah briyani
  • Setengah inci halia
  • 1sudu cili kering/cili boh
  • 1biji cili hijau
  • 1biji cili merah
  • 1biji bawang besar
  • 1biji tomato
  • 1sudu kerisik

Cara penyediaan:

  • Perapkan daging dengan bahan yang dah dikisar
  • Panaskan minyak,tumis bawang yang dihiris sampai layu
  • Masukkan daging yang telah diperap tadi,masak sampai sebati
  • Masukkan bahan perasa,susu,tomato yang dibelah 4,cili merah & hijau yang dah dibelah 2,gajus,kismis & masak sampai kering.

Kredit:

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa