Para ibu berpantang tak tahu nak sarapan apa? Rasa jemu nak makan makanan yang sama- sama hari- hari? Boleh cuba buat lempeng ni. Bukan sahaja sedap, senang sangat nak buat. Guna beberapa bahan je dah siap. Yang paling penting mengenyangkan. Suami dan anak- anak pon boleh makan sekali.
Lempeng ni juga boleh buat makan snekking waktu petang tau. Bukan untuk sarapan je. Cicahkan dengan susu sikit atau madu, mesti menyelerakan dan berasa kenyang. Boleh juga cicah dengan kelapa parut. Rasa lemak masin yang boleh memikat selera. Jom lihat resepi mudah yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Aizah Zarirah di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI LEMPENG
Ads
Sumber foto: Facebook Aizah Zarirah
Bahan- bahan: – 3 senduk tepung gandum – 2- 3 sudu gula – Sedikit garam – 2- 3 cawan air (adunan tak cair dan tak pekat sangat)
Cara- cara: 1. Satukan semua bahan dan adun sebati. 2. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam. 3. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. 4. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa. 5. Angkat dan enak dinikmati bersama kelapa parut atau susu pekat manis.
Mudah je nak buat resepi yang dikongsikan. Minta tolong suami tersayang buatkan pun boleh. Makan bersama- sama dengan keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja brownies terbayang kesedapan rasanya ditambah pula dengan kedutan cantik di atasnya. Brownies Bite Mini ini lain dari biasa kerana saiz comelnya yang menyenangkan anak makan.
Resipi mudah perkongsian Azura Zuera ini memang senang. Paling menarik siap tip untuk nampak berkedut cantik. Jom cuba!
Saja try buat, biasa orang guna loyang, kita buat mini bite bagi anak-anak makan. Buat tak banyak pun, satu adunan je. Alhamdulillah anak-anak suka, kecik senang makan.
Bahan-bahan:
Minyak 50g
Coklat beryls 200g
Butter 50g
Gula perang 100g
Tepung 100g
Telur 2 bj
Serbuk coco 30g
Serbuk penaik 1g
** Sy tak letak essen vanilla, kalau nak letak pon boleh 1sk **
Kacau gula & telur sampai gula larut (kena larut baru jadi kedut).
Double boil coklat, minyak & butter sampai sebati. Campur bahan di atas kacau lagi sampai sebati.
Kemudian masukkan tepung, serbuk coco & serbuk penaik yang dah di ayak ke dalam bahan di atas.
Kacau lagi hingga likat dan sebati
Bakar 15 ke 20 minit, suhu 150°c ikut oven masing-masing.
Jika anda peminat tauhu begedil atau tauhu sumbat, ini ada lagi satu resipi wajib anda cuba. Namanya tauhu bunga. Intinya seperti tauhu begedil cuma tidak menggunakan ubi kentang.
Bahan utama untuk menghasilkan tauhu bunga ini menggunakan tauhu putih, beberapa jenis sayuran dan inti ayam atau daging. Bagi anda yang pertama kali hendak menikmatinya, pasti tak akan menyesal kerana teksturnya ranggup di luar dan lembut di dalam.
Berikut perkongsian dari Puan Noris Nora dan patut anda cuba.
Sebelum viral tauhu bergedil, saya suka buat tauhu sumbat goreng @ tauhu terbalik @ tauhu bunga ni…
Tips – adunan inti tu macam cekodok lembut-lembut, jika kering sangat, sila tambah telur. Kegunaan telur tu untuk melekatkan semua bahan-bahan inti dalam kulit tauhu.
TAUHU TERBALIK (Tauhu Bunga)
* 25 biji tauhu kering
-potong X di atas tauhu dan terbalikkan. Keluarkan isi tauhu kering jika ada, nanti campur dengan tauhu putih untuk inti
* 5 biji tauhu putih – di lecek.
* 2 pokok daun bawang (boleh ganti dengan bawang besar)
* 2 pokok daun sup
* 1/2 batang carrot di sagat panjang
* 2 biji cili merah besar di hiris.
* 3 biji telur
* Serbuk perasa ayam
* Garam
* Lada sulah
(Boleh juga tambah ayam, daging, tapi kena tumis sedikit dulu supaya masak)
Cara-cara membuatnya:
– Gaul semua bahan-bahan ni sampai sebati. Sumbat dalam tauhu terbalik tu..
– Masa nak goreng, masukkan bahagian bunga dulu dalam minyak, tekan sekejap, masak hingga garing, baru terbalikkan.
– Tak perlu celup telur lagi semasa hendak menggoreng. Tauhu ni sedap garing-garing. Rangup sangat kulitnya.
– Makan dengan sos cili thai homemade atau sos pencicah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan-makanan sunnah yang disebut di dalam Al Quran memberi banyak kebaikan kepada anak sepanjang proses mereka membesar. Buah kurma misalnya mudah dicerna dan memberi tenaga segera sekiranya dimakan. Selain itu, ia sangat membantu untuk menguatkan daya ingatan.
Bukan itu sahaja, banyak lagi kebaikan makanan sunnah yang lain. Rugilah jika kita tidak memberikannya kepada si manja. Selain buah-buahan kering, makanan laut juga dikatakan antara sumber protein yang baik untuk tumbesaran anak.
Oleh itu, Pa&Ma telah memilih MAKANAN SUNNAH sebagai salah satu superfood yang diketengahkan di dalam sesi live #pamaselerasimanjagolive yang telah bersiaran bermula 15-19 Februari 2021. Terdapat lima resipi berasaskan makanan sunnah telah dikongsikan oleh Pn Che Khalidamahsari Holid @ Che Khalid.
Jom tengok 5 resipi menarik berasaskan MAKANAN SUNNAH ini :
SUSU KURMA
BAHAN-BAHAN :
4 biji Kurma
1 cawan susu penuh penuh krim
CARA MEMBUAT :
1. Rendam kurma dengan air panas 3-5 minit sehingga kulitnya lembut.
2. Kopek kulitnya dan kisar kurma sehingga halus dengan sedikit air.
3. Masukkan pes kurma yang telah di sediakan 2 sudu teh di dalam susu dan gaul sebati.
4. Untuk tekstur lebih lembut, tapis susu Kkurma tadi. Sejukkan seketika dan sedia diminum.
SHELL OUT VERSI BABY
BAHAN-BAHAN :
Untuk membuat pes tomato anda memerlukan,
1 biji tomato
Sedikit tomato ceri
1 batang seleri
1/2 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
*Kisar semuanya dan tumis
Kemudian anda memerlukan bahan-bahan ini untuk resipi shell out,
Beberapa ekor udang
Beberapa ekor sotong
Sedikit brokoli
1/2 batang jagung
1 batang serai
Sedikit bunga lawang (untuk menumis)
Sedikit kayu manis (untuk menumis)
CARA MEMBUAT :
1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang dan kayu manis.
2. Masukkan serai yang telah tumbuk. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan 3 sudu besar pes tomato.
4. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan udang dan sotong..
6. Seterusnya masukkan jagung dan brokoli yang telah direbus terlebih awal. Siap!
SALAD WRAP VERSI BABY
BAHAN-BAHAN:
Untuk membuat lempeng, anda memerlukan,
1/2 cawan unbleached flour
1 biji telur
Air secukupnya
*Campurkan semua bahan dan bancuh sehingga sebati. Jika mahu lempeng yang lebih nipis, cairkan adunan.
*Kemudian bolehlah dimasak atas kuali anti lekat.
Untuk intinya, anda memerlukan,
Sedikit timun
Sedikit tomato
Sedikit isi jagung
Sedikit kismis
Krim keju secukupnya
CARA MEMBUAT :
1. Satukan timun, tomato dan jagung.
2. Masukkan 3 sudu kecil kismis.
3. Masukkan 1/2 sudu besar krim keju.
4. Gaul sebati.
5. Masukkan inti salad dan lipatkan lempeng tadi.
KEJU STICK
BAHAN-BAHAN :
1 biji kentang
1 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan unbleached flour
Keju batang secukupnya
Sedikit kelapa parut kering
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT :
1. Satukan kentang, tepung jagung dan tepung gandum.
2. Gaul sikit sikit sehingga dapat tekstur doh yang diingini.
3. Canaikan doh, masukkan keju batang di tengah dan gaul bersama kelapa parut kering.
4. Goreng sehingga keperangan.
BANANA MILK POPSICLES
BAHAN-BAHAN :
Pisang secukupnya
Susu penuh krim secukupnya
CARA MEMBUAT :
1. Lenyekkan pisang.
2. Isikan di dalam acuan aiskrim.
3. Tuangkan susu penuh krim.
4. Bekukan dan bolehlah dimakan!
Kalau dah memasak di dapur, jangan lupa untuk bersihkan segala kelengkapan dapur menggunakan produk berkualiti. Barulah onzz!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.