Resepi Lempeng Mudah Untuk Ibu Berpantang, Senang Je Nak Buat!

Share

Para ibu berpantang tak tahu nak sarapan apa? Rasa jemu nak makan makanan yang sama- sama hari- hari? Boleh cuba buat lempeng ni. Bukan sahaja sedap, senang sangat nak buat. Guna beberapa bahan je dah siap. Yang paling penting mengenyangkan. Suami dan anak- anak pon boleh makan sekali.

Lempeng ni juga boleh buat makan snekking waktu petang tau. Bukan untuk sarapan je. Cicahkan dengan susu sikit atau madu, mesti menyelerakan dan berasa kenyang. Boleh juga cicah dengan kelapa parut. Rasa lemak masin yang boleh memikat selera. Jom lihat resepi mudah yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Aizah Zarirah di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.

RESEPI LEMPENG

Sumber foto: Facebook Aizah Zarirah

Bahan- bahan:
– 3 senduk tepung gandum
– 2- 3 sudu gula
– Sedikit garam
– 2- 3 cawan air (adunan tak cair dan tak pekat sangat)

Cara- cara:
1. Satukan semua bahan dan adun sebati.
2. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.
3. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak.
4. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.
5. Angkat dan enak dinikmati bersama kelapa parut atau susu pekat manis.

Baca Juga:

Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!

Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!

Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!

Mudah je nak buat resepi yang dikongsikan. Minta tolong suami tersayang buatkan pun boleh. Makan bersama- sama dengan keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Published by
Zetty Mazlan