
Bila anak dah masuk usia 6 bulan, ibu kena mula ‘explore’ pemakanan yang tepat dan bersesuaian agar si manja dapat khasiat yang diperlukan.
Yang paling penting, pastikan bahan makanan bayi bebas dari perasa tiruan, garam serta gula. Untuk mama yang mempunyai bayi berusia 6 bulan, boleh ikuti resepi puri yang dikongsi oleh PlanBae Malaysia.
Selamat mencuba!
Kredit: PlanBae Malaysia
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Nak ‘Expired’, Buat Puding Roti Tembikai. Ikut Step Ni, Elok Hasilnya!

Dalam keadaan cuaca panas sekarang ni, dapat basahkan tekak dengan dessert seperti puding memang sedap. Makan pula sejuk-sejuk memang layan!
Kali ini, resipi puding roti boleh mama cuba. Jika ada roti yang dah nak expired, daripada terus buang, baiklah buat resipi ini. Satu keluarga boleh makan. Berikut resipi yang dikongsikan oleh Nawar Azhar.
Puding Roti Tembikai
– 10 gram serbuk agar2@agar2 tali
– 4 cawan air
– 1/2 cawan gula pasir
– 3-4 biji gula batu yang kecil
– 1 cawan susu cair
– 1/2 cawan susu pekat
– 2 sudu besar butter@marjerin
– 3 keping roti gardenia..buang kulit tepi dan carik2kan
– Esen vanila
– Bijan hitam untuk biji tembikai..saya tak ada
– Pewarna hijau
– Pewarna merah
– Pewarna putih..optional
– Loyang 7×7 basahkan dengan sedikit air
Cara penyediaan:
- Satukan roti, susu cair dan susu pekat, blend sampai halus, ketepikan
2. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula sampai gula betul-betul larut mendidih. Masukkan bahan blend tadi bersama esen vanila dan butter, kacau sebati didihkan sekejap, tutup api.
3. Sediakan loyang, ambil 1 cawan larutan puding tadi, letak pewarna hijau, tuang dalam loyang, biarkan mengeras
4. Ambil 2/3 cawan larutan puding, letak sedikit pewarna putih, tuang atas lapisan hijau, biarkan mengeras
5. Ambil lebihan puding yang kosong tadi,letak pewarna merah,tuang atas lapisan putih,biarkan mengeras di suhu ruang
P/S:
~lapisan yang dah keras di cakar sedikit dengan garpu sebelum menuang lapisan seterusnya~
~Untuk mengelak lebihan larutan puding yang ada dalam periuk mengeras,panaskan dengan api yang kecil sahaja supaya ianya cair~
~semua bahan-bahan saya sukat guna cawan dan sudu metrik~
Kredit: Nawar Azhar via MAHN
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantiknya Warna, Biskut Sarang Trolls Favourite Anak-Anak, Hanya Uli & Sagat!

Biskut sarang semut antara biskut legend yang saban tahun memenuhi hidangan biskut raya di atas meja kita. Namun biskut sarang semut biasa mungkin sudah sebati dalam diri kita. Apa kata kali ini, demi memenuhi permintaan anak-anak, biskut sarang semut dengan tema warna-warni dijadikan pilihan.
Paling menarik, cara penyediaannya cukuplah mudah. Nak tahu macam mana, jom cuba air tangan Pn Nurhayati Abd Malek ini. Sedap!
Anak-anak suka biskut sarang semut. Tapi sebab depa dok kata nak yang versi colourful, maka terhasillah, Biskut Sarang Trolls.
Bahan:
250gm Butter
1 cawan gula halus
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
Coklat rice secukupnya
Paper Cup kecil
Pewarna: Kuning, biru, merah, Ungu
1. Panaskan oven 180° selama lima blas minit.
2. Gaulkan butter dan gula. Masukkan esen vanilla dan kuning telur, gaul lagi.
3. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh.
4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Titiskan doh pewarna biru, ungu, kuning dan merah.
5. Sagat semua doh dan masukkan ke dalam paper cup. Taburkan coklat rice.
6. Bakar suhu 180° selama 25 minit ikut kepanasan oven masing -masing. SIAP!
Sabotau. Tunggu buka baru makan.
Selamat Mencuba!
Menarik: Resipi Biskut Casablance Hanya Gaul & Terapkan, Cukup Mudah & Sedap
Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Dahlia Susu Red Velvet & Original, Biar Perap Satu Jam, Bunga Cantik Elok!

Masuk hari ke 16 kita berpuasa, pastinya dah ramai yang mula tercari-cari resipi kuih raya untuk raya nanti. Kuih samprit atau dahlia antara kuih kegemaran semua dan wajib ada.
Macam mana nak buat kuih dahlia yang elok dan kembang cantik bunganya walaupun selepas di bakar? Perkongsian tip dan resipi oleh Rozita Daud ini mama kena cuba. Memang elok!
Semalam last buat kuih slot masjid, hari ini kita buat kuih raya. Dahlia susu red velvet dan original, warna tu cantik tak boleh cakap. Bau satu rumah, esok nak buat Tat Cadbury Dairy pulak.
Resepi dahlia susu red velvet & original
Bahan-bahan:
1 buku buttercup 250g(*)
1 sudu esen vanilla (*)
3/4 tin susu pekat (*)
Tepung kastard 2 sudu besar (kalau nak cair dalam mulut tak payah letak)
1 bungkus tepung jagung dan sikit je lagi
2 sb esen red velvet
Sedikit perwarna red cili
3 sudu besar serbuk koko
Kacau manja-manja je bahan yang tanda (*). Saya guna senduk nasi je.
Dah rata masukkan tepung kastard kalau nak cair dalam mulut payah letak, tepung jagung masuk sikit-sikit uli dah lembut bahagi dua.
Satu letak esen red velvet 2 sudu besar, sedikit perwarna red cili 3 sudu besar serbuk koko. Uli dan kalau masih lekat kat tangan tambah lagi tepung jagung uli dah biarkan.
Basuh tangan bersih-bersih dan uli yang lagi satu doh. Tambah sedikit tepung jagung uli sampai tak lekat kat tangan. Boleh terap.
Saya ada acuan 2 jadi saya tak perlu basuh terap nozel pecah 10.
Siap terap biar dalam 1 jam bagi kena kipas, dah keras baru bakar suhu 150 c api atas bawah 20 minit bergantung oven masing-masing.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI