Bila anak dah masuk usia 6 bulan, ibu kena mula ‘explore’ pemakanan yang tepat dan bersesuaian agar si manja dapat khasiat yang diperlukan.
Yang paling penting, pastikan bahan makanan bayi bebas dari perasa tiruan, garam serta gula. Untuk mama yang mempunyai bayi berusia 6 bulan, boleh ikuti resepi puri yang dikongsi oleh PlanBae Malaysia.
Setiap hari mama kena fikirkan menu sarapan pagi untuk anak-anak. Jom ikuti resepi yang dikongsi ini. Bukan sahaja simple tapi waffle ini sangat mudah dan cepat disediakan.
Selamat mencuba!
Sarapan untuk anak. Bancuh siap-siap & simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal tuang je. Guna resepi youtube Jamie Oliver.
Bahan-bahan:
*saya asingkan telur kuning masuk ke dalam tepung & telur putih masuk dalam mangkuk kecil, pukul sampai jadi tanduk/stiff (saja ajak anak buat aktiviti sikit, hilangkan boring sikit).
*waffle ni lembut je walaupun dah lama kat luar… drive dalam kereta berjam-jam pun still lembut.
Bancuh siap-siap & simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal tuang je.
Chicken broth banyak manfaatnya, membantu menguatkan imuniti badan. Ibu ini kongsi resipi sup tulang ayam yang selalu disediakannya tatkala anak batuk berkahak & demam.
Puan Widyana Ali sering kali menyediakan sup tulang ayam atau bone broth ketika anak-anak batuk dan demam. Dia juga turut berkongsi resepi yang mudah ini.
9 jenis bahan yang digunakan adalah asas dan mudah didapati. Cara penyediaannya pun mudah, hanya renih 3 hingga 4 jam sehingga tulang hancur.
Untuk anak ekzema, dia hanya merenihkan sup selama 1 jam. Periuk kaca dan besi tahan karat sahaja yang boleh digunakan.
Sudah mengamalkannya bertahun-tahun. Ia boleh menguatkan sistem imun, kaya mineral, anti radang & menguatkan tulang dan gigi. Ia juga boleh membantu menggalakkan penyingkiran kahak.
Boleh dipelbagaikan cara memakannya iaitu dimakan bersama nasi, kuah atau dihirup begitu sahaja.
Sebelum makan letakkan sedikit garam sebagai perasa.
Sekian lama mencuba menu kampung, apa kata kali ini kita cuba menu seberang pula untuk sajian keluarga. Kalau kena dengan gayanya, resipi ayam penyet yang kita sediakan sama rasanya macam di kedai.
Resipi Ayam Penyet dengan Sambal Penyet yang dikongsikan oleh Pn Nurul Fairuz ini memang awesome. Mana tidaknya, dengan resipinya yang mudah hasil habungan daripada resipi yang pernah dicubanya sebelum ini.
Hari ni sis try masak ayam penyet untuk family. Ambil resepi fb dengan utube, lepas tu saya combined. Boleh tahan sedap la. Sendiri masak sendiri puji. Resepi disertakan, kot-kot ada yang nak cuba.
Ayam penyet
Bahan Blender:
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
Serai 3 batang -kalau besar 2 batang je
Bawang putih
Bawang merah
Bahan tumbuk kasar:
Jintan kasar 1st
Jintan halus 1 st
Biji ketumbar 1 st
Sambal ayam penyet
=================
Tomato 4 biji
Cili padi segenggam
Cil merah 4 biji
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Ikan bilis kalau ada
Masukkan ayam, bahan blender, bahan tumbuk, bay leaf, garam, kiub ayam dalam periuk.
Kemudian rebus.
Angkat ayam tu, lepas rebus pulak tofu dan tempe. Pastu angkat.
Air rebusan tadi biar sejuk dulu. Pastu baru masukkan tepung beras. Dalam secawan gitu. Cair je tau. Untuk celupan tofu, tempe dan ayam.
Lepas tu semua ayam, tofu dan tempe tu celup dalam bancuhan tepung tadi, gorengkan. Kalau ayam jangan lama, sebab dah masak, sekadar bagi garing je.
Untuk sambal pula, goreng semua bahan diatas, lepas tu blender kasar. Lepas tu tumis semula macam sambal tumis tu. Letak garam dan gula secukup rasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!