Selain bubur nasi, si kecil mama yang dah boleh makan juga boleh makan mihun yang khas untuk bayi. Paling penting bahan-bahan yang digunakan di dalam hidangan tersebut baik untuk di kecil ibu.
Resepi mihun sup ayam cheese yang dikongsikan Mama Darviena Natasya II menerusi Page Facebook Resepi Makanan Bayi boleh anda cuba untuk si kecil. Mudah dan simple yang penting anak boleh rasa pelbagai jenis makanan sihat.
Bihun sup ayam cheese
Anak saya 9 bulan tak ada gigi lagi, jadi masih di blend . Rasa tetap beza dengan bubur nasi.. memang anak saya suka sangat bihun sup .
Menu ni boleh dibuat dari anak 7 bulan.
Bahan-bahan:
Ads
Untuk cara-cara boleh rujuk gambar.
Bagi yang belum ada gigi, ibu boleh kisar halus sebelum diberi kepada bayi
Ads
Baby Noodles yang digunakan untuk resepi mihun sup ayam cheese
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim buah raja segala buah, iaitu buah durian ini apa kata kita ambil peluang untuk menyajikan pulut durian dengan kuah santan kepada keluarga.
Bukan sekadar pulut biasa, kuah santan juga perlu ada rasa dan sedap berlemak. Apa tipnya? Rupanya hendak pulut jadi cantik pulut jangan dikacau, biar cantik strukturnya. Jom cuba perkongsian resipi Naimah Kasim.
Sesuai untuk dimakan dengan durian/pelam.
Basuh beras pulut (tak perlu rendam). Letakkan air lebih macam masak nasi.
Jangan kacau lansung supaya pulut tak hancur.
Bila mendidih kuat, slow api dan tuang air tinggal sikit saja. Dilarang kacau sama sekali lepas air dibuang.
Tutup periuk dan gunakan api perlahan. Dalam beberapa minit saja pulut akan masak elok. Pulut cantik tak patah-patah. Sedap dimakan dengan durian/ pelam dengan kuah santan.
Kuah santan pula, dulu-dulu arwah mak guna santan fresh dari nyior yang dikukur dan letak garam saja tak perlu masak.
Sekarang terpengaruh dengan siam, santan masak sekejap atas api yang perlahan. Boleh masukkan tepung jagung untuk pekat serta gula dan garam secukup rasa serta daun pandan untuk wangi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Jika sebelum ini kita sediakan jagung segar, apa kata kali ini kita ubah kelainan menggunakan jagung krim dalam tin pula dalam cekodok kita. Rasanya lain dari yang lain tau.
Lagi sedap jika ditambahkan sedikit susu pekat manis. Memang sedap. Jom cuba resipi perkongsian Pn Suraya Yaacob.
Nah idea untuk korang minum petang. Cekodok jagung lemak manis berkrim disukai ramai. Resepi pada gambar. Cekodok kembong helok tak yah guna air panas.
Rasa dia sedap lemak manis wangi bau jagung. Anak-anak pun suka.
Resepi ni untuk ½ kilo tepung gandum. Jagung tu memang guna setin ye baru sedap. Nak tukar guna jagung fresh pun boleh, nak tukar guna jagung dalam tin yang takde krim tu pun boleh. Tp saya suka jagung berkrim, lagi sedap rasa dia.
Susu pekat dengan planta tu kalau tak de boleh skip je, saya letak nak bagi dia rasa lemak-lemak gitu.
Gula 5 sudu makan tak manis ok. Dia rasa manis jauh-jauh je. Kalau saya buat makan sendiri saya suka letak 7-8 sudu baru rasa manis dia. Air tu guna air paip biasa je takyah guna air panas ke air bertapis ke. Simple je.
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1 tin jagung manis
2 sudu makan susu pekat
1 sudu makan butter/planta
5 sudu makan gula pasir
1 sudu makan mauripan
Air secukupnya
Campurkan semua bahan kering dan gaulkan rata.
Masukkan bahan basah dan akhir sekali masukkan air. Kacau sebati.
Kalau adunan rasa tawar, tambahkan sedikit gula lagi. Gaul sebati.
Kemudian perap adunan seketika selama 30 minit.
Lepas setengah jam, adunan dah naik. Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng.
Gunakan hujung jari dan goreng cekodok hingga kekuningan.
Pernah tak anda ditegur kerana saiz badan anak kecil berbanding kanak-kanak seusianya? Jika ya, adakah ini bermakna anak mengalami tumbesaran terbantut? Ini penjelasannya.
Tumbesaran kanak-kanak terbantut
Tumbesaran terbantut (faltering growth – sebelum ini disebut failure to thrive) merujuk kepada kadar pertambahan berat badan yang lebih perlahan pada zaman kanak-kanak daripada jangkaan mengikut usia dan jantina.
Bayi atau anak yang gagal berkembang dengan baik ketara kelihatan lebih kecil atau lebih pendek daripada kanak-kanak seusia mereka.Bagi remaja pula, mereka tampak lebih kecil dan rendah atau kurang perubahan yang biasa berlaku semasa akil baligh. Namun, wujud definisi berbeza dalam apa yang dianggap sebagai pertumbuhan dan perkembangan normal.
Simptom tumbesaran terbantut
Secara umum, kadar perubahan berat dan ketinggian lebih penting daripada ukuran sebenar. Dalam tumbesaran kanak-kanak atau bayi yang gagal untuk berkembang ini, mereka akan mempunyai ketinggian, berat dan lilitan kepala yang tidak sepadan dengan carta pertumbuhan standard.
Kesannya tumbesaran mereka akan menjadi perlahan atau terhenti yang menjejaskan perkembangan dalam aspek:
Kemahiran fizikal, seperti berguling, duduk, berdiri dan berjalan
Kemahiran mental dan sosial
Ciri-ciri seksual sekunder – tertangguh ketika remaja
Tiga situasi yang boleh menjadi punca tumbesaran terbantut
1. Pengambilan kalori yang rendah, punca tumbesaran kanak-kanak terbantut
Bayi dan kanak-kanak memerlukan jumlah kalori berbeza mengikut usia, saiz, jantina, tahap aktiviti dan keperluan perubatan. Ada kanak-kanak lebih besar sangat cerewet makan. Berjumpa dengan pakar boleh membantu mengatasi masalah ini.
2. Keperluan kalori yang tinggi
Sesetengah keadaan perubatan memerlukan anak untuk mengambil lebih banyak kalori. Sebagai contoh, penyakit jantung kongenital memerlukan jantung mengepam lebih cepat untuk memenuhi keperluan tubuh dan mempercepatkan metabolisme badan. Jadi, anak memerlukan kalori tambahan untuk memenuhi peningkatan permintaan ini.
Jika ini keadaannya, doktor akan membantu untuk membangunkan pelan bagi memenuhi keperluan kalori tambahan anak, termasuklah:
Suplemen: Makanan tambahan tinggi kalori boleh ditambah ke dalam susu ibu yang dipam atau formula. Untuk anak lebih berusia, mereka boleh mengambil minuman berkalori tinggi
Snek: Bagi anak lebih besar, tanyakan doktor tentang kekerapan untuk memberikan hidangan makanan berkalori tinggi sebagai snek seperti mentega kacang dan keju
Penyusuan tiub: Bayi atau kanak-kanak dengan keperluan pemakanan kompleks mungkin memerlukan penyusuan tiub – melalui lubang hidung, tekak atau lubang pada perut – untuk menambah atau menggantikan penyusuan biasa
3. Masalah kesihatan lain
Keadaan seperti penyakit seliak atau cystic fibrosis menyekat penyerapan nutrien makanan oleh tubuh. Masalah penghadaman seperti sembelit kronik dan alahan makanan boleh menyebabkan waktu makan dan ke tandas sebagai situasi yang menyakitkan.
Anak autisme ada kalanya tidak suka tekstur atau rasa makanan tertentu, yang menjadikan mereka sukar untuk beralih kepada makanan pejal. Kanak-kanak lebih besar pula mungkin hanya memilih untuk makan sejenis makanan sahaja.
Diagnosis
Amat penting untuk menentukan sama ada tumbesaran terbantut ini berpunca daripada masalah perubatan atau faktor persekitaran seperti penderaan atau pengabaian.
Punca perubatan yang menjejaskan tumbesaran kanak-kanak seperti:
Keabnormalan kromosom seperti sindrom Down dan sindrom Turner
Kecacatan dalam sistem organ utama
Masalah dengan sistem endokrin – kekurangan hormon tiroid, kekurangan hormon pertumbuhan atau hormon lain
Kerosakan pada otak atau sistem saraf pusat yang boleh menyebabkan kesukaran menyusu pada bayi
Masalah jantung atau paru-paru yang boleh menjejaskan cara oksigen dan nutrien bergerak melalui badan
Anemia atau gangguan darah lain
Masalah gastrousus yang mengakibatkan malpenyerapan atau kekurangan enzim pencernaan
Gastroenteritis jangka panjang dan refluks gastroesophageal – biasanya bersifat sementara
Serebral palsi
Jangkitan jangka panjang (kronik)
Gangguan metabolik
Komplikasi kehamilan dan berat lahir rendah
Faktor lain yang menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terganggu:
Deprivasi emosi kesan penolakan, permusuhan atau penarikan diri ibu bapa
Masalah ekonomi yang menjejaskan aspek pemakanan, keadaan kehidupan dan sikap ibu bapa
Pendedahan kepada jangkitan, parasit atau toksin
Tabiat pemakanan tidak sihat seperti makanan di hadapan televisyen dan tidak mempunyai waktu makan berjadual
Dalam kebanyakan kes, puncanya tidak dapat ditentukan.
Rawatan untuk tumbesaran terbantut
Rawatan bergantung kepada punca pertumbuhan dan perkembangan terbantut. Tumbesaran kanak-kanak yang terjejas akibat faktor pemakanan boleh diselesaikan dengan menyediakan diet yang seimbang.
Jika faktor psikososial terlibat, rawatan akan melibatkan memperbaiki dinamik keluarga dan keadaan hidup. Sikap dan tingkah laku ibu bapa mungkin menyumbang kepada masalah anak dan perlu diteliti.
Dalam kebanyakan kes, anak mungkin perlu dimasukkan ke hospital pada permulaan untuk memberi tumpuan kepada pelan rawatan perubatan, tingkah laku dan psikososial yang komprehensif.
Jangan berikan anak sebarang suplemen tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.Masalah tumbesaran anak terbantut ini boleh diatasi dengan sokongan keluarga sepenuhnya. Pastinya anda mahukan yang terbaik untuk anak, jadi jika wujud sebarang kebimbangan berkaitan mereka, berbincang dan dapatkan bantuan doktor.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.