Kebiasaanya apam puteri ayu berperisa pandan namun kali ini anda boleh cuba resepi apam puteri ayu versi red velvet cheese yang mudah.

Resepi Mudah Apam Puteri Ayu Versi Red Velvet Cheese, Hanya Guna Sukatan Cawan

APAM RED VELVET CHEESE

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sudu besar serbuk koko
    (Satukan bahan-bahan ni..ayak.terus masukkan dalam bekas besar)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovellate
  • 1 cawan susu segar(susu segar campur 2 sudu besar cuka..biarkan 15min ni kena buat awal-awal ye)

Satukkan gula, ovellate dan telur (guna blender). Kisar sampai gebu dan putih ye…pastu masukkan susu cuka yang kita dah buat tadi..kisar lagi.

Terus masukkan cecair dalam bekas berisi tepung…kacau sebati..letak pewarna merah.  Guna star brand je.

Ads

Masukkan dalam plastik..senang nak paipkan dalam acuan…Mula-mula sapu acuan dengan minyak.. kukus dulu cheese dalam 3 min..baru masukkan adunan red velvet..kukus lagi dalam 7 hingga 10min..siap.

Resepi Mudah Apam Puteri Ayu Versi Red Velvet Cheese, Hanya Guna Sukatan Cawan

ADUNAN CHEESE

Ads
  • 250gram cheese tatura
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu besar air biasa
  • 2 sudu besar susu cair

Blend semua ni hingga sebati..*kalau nak guna red velvet emalco, skip je cuka…tak perlu buat susu cuka..tapi tetap masukkan 1 cawan susu segar dalam bancuhan.

Selamat mencuba

Ads

Kredit resepi = utube limau nipis

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI