Cendol antara kudapan petang yang menjadi kegemaran ramai seisi keluarga. Biasanya cendol boleh didapati di gerai-gerai tepi jalan. Tapi kalau nak makan puas-puas mestilah kena buat sendiri. Jom cuba buat sendiri cendol menggunakan resepi mudah ini.
RESEPI MUDAH CENDOL PUAS MAKAN SENDIRI
Lunch semalam gi kedai nak kasi mask kat kakak. Tak sangka dapat resepi cendol dari pekerja dia. Jadi terus buat petangnya tu jadi arini Shida share resepi kat korang. 😘
Bahan-bahan:
1.5 kg Cendol segera
1tin susu sejat
1tin santan pekat
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah
Ais
Cara-cara:
1. Nak lebih umph pakai santan kelapa parut yang diblend sampai jadi halus dan ditapis perah ambil santannya. Tapi Shida pakai santan kotak je la.
2.Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1tin. (Nisbah1:1)
3.Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
4.Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5.Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.
Senang je rupanya. Tapiii rasa dia mengancam betul. Buat petang tadi one shot habis terus. Anak-anak semua cakap sedap.❤️
Nanti korang try la juga k. 😘
Kredit: Shida Ambok
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!