Peminat tegar kudapan boleh cuba buat sendiri kudapan popia seaweed ni. Kalau dulu selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula, lebih jimat dan lebih berbaloi. Cara mudah untuk hasilkan kudapan ni, jom buat!
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
Jom buat Popia Seaweed untuk raya nanti. Dah kunyah memang susah nak stop 😋
Bahan-Bahan:
✔️ 2 pack kulit popia FIGO
✔️ 1 pack seaweed ada
Untuk sapuan kulit popia:
✔️ 8 biji telur (bancuh untuk 4 biji dulu)
✔️ Perasa nasi goreng saji atau serbuk pati ayam pun ok
✔️ Sedikit serbuk lada putih
✔️ Minyak untuk goreng
Bancuh telur dengan perasa nasi goreng saji & serbuk lada putih.
Sapu bahan bancuhan ke atas kulit popia.
Susun seaweed di atas kulit popia yang sudah disapu bahan bancuhan tadi.
Selesai buat tampal menampal kita kasi potong kecil-kecil selepas kering sapuan kering. Siap untuk di goreng.
Sumber resepi : jue raz
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI