Sebut sahaja kudapan, anak-anaklah paling suka. Sekali letak sebalang, habis licin anak-anak makan. Bosan asyik membeli, apa kata cabar diri untuk buat sendiri Murukku untuk anak-anak.
Bukan sahaja mudah, bahkan bahan-bahannya juga senang dicari. Jom cuba perkongsian resipi Tahrunnisah Jali.
Alhamdulillah sekali hadap je suami dan anak-anak kunyah sambil tengok tv, tak sedar dah habis.
Bahan-bahan:
300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/ cheak peas
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1 sudu besar jintan manis (disangai dahulu)
1 sudu besar jintan putih (disangai dahulu)
1sdb gula
Segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus
250ml santan cair
Sedikit air – boleh letak sikit-sikit sehingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan
1. Tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur.
MENARIK:
Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!
Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!
2. Satukan bahan-bahan kering dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan marjerin cair, telur dan santan cair. Gaul lagi hingga jadi doh lembut dan tak lekat kat tangan.
4. Panaskan minyak masak dan goreng dengan minyak yang banyak. Sebelum balikkan murukku, ramas-ramas dulu daun kari dan masukkan dalam minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada maruku kita nanti.
5. Balik-balikkan murukku dan bila dah kekuningan boleh angkat.
Selamat mencuba
Kredit: Tahrunnisah Jali
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI