Nasi beriani, nasi minyak dan nasi hujan panas mungkin sudah terbiasa bagi kita. Apa kata kali ini kita cuba hidangan nasi istimewa, Nasi Minyak Zaitun pula di hujung minggu.
Paling utama kerana bahannya cukup ringkas dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian cikgu Afy AL Habibi. Gerenti sedap!
Serius menjadi dengan enak sekali dinikmati bersama semua menu yang dihidangkan.
Wallahh. Serupa makan nasi Arab pun ada dah juga rasanya. Tak muak pun walau bertambah sampai tiga kali.
Bahan-bahan:
2 batang serai -diketuk
4 sekawan
2 helai daun pandan
1 biji bawang merah saiz bola pingpong
2 ulas bawang putih
Sehiris nipis halia
Daun bay
2 cup beras Basmathi
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya
Mula-mula tuangkan satu senduk minyak zaitun. Kalau ada minyak sapi boleh gunakan tiga sudu besar kemudian tumis bahan tumis, serai, 4 sekawan, bawang merah, bawang putih. Masukkan juga daun bay sebagai penambah aroma.
Kemudian masukkan beras basmathi yang ditoskan.
Perasakan dengan sedikit serbuk perasa. Atau nak guna kiub ayam Maggi pun boleh.
Balik-balikkan biar beras mesra. Kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi.
Masukkan air. Yang ni cikgu kira sukat dengan jari je. Masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak, letak pewarna oren dan kuning seperti dalam gambar.
Jangan letak banyak terus, nanti tak cantik hasilnya.
Tak nak nasi patah, cikgu keluarkan dari periuk kaup balik perlahan-lahan dalam kuali begini. Ratakan pewarna tadi.
Kemudian tabur bawang goreng, daun ketumbar dan kismis.
Akhirnya bolehlah dimakan bersama lauk pilihan sendiri. Kalau nak tiru hidangan cikgu dua menu cikgu dah kongsi sebelum ini ya.
Selamat mencuba.
Menarik: Share Sampai 10k Begini Cara Masak Sambal Tempe Bilis Kekal Rangup, Padu Sungguh
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI