Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Kuih ini sangat popular pada bulan puasa. Bagi penggemar kuih nekbat yang ingin membuat sendiri, caranya sangat mudah. Jom ikuti resepi yang dikongsi ini!

Resepi Nekbat Versi Ganu & Kelate, Hidang Sejuk-Sejuk Memang Lega Tekak!

Resepi Nekbat Versi Ganu & Kelate, Hidang Sejuk-Sejuk Memang Lega Tekak!

Kuih yang susah dapat selain dari Terengganu dan Kelantan.. lepas sahur kita buat.. kemudian simpan dalam peti sejuk. Dah nak berbuka baru hidang yer..

Pilihlah suka cara Ganu atau Kelate…

Resepi Nekbat Kelate
**********************
Bahan-bahan:

Ads
  • 5biji Telur Gred A
  • 150gm Tepung Beras (jemur dan sangai kasi ringan)
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit Esen Ros

Resepi Nekbat Ganu
*******************
Bahan-bahan:

  • 3biji Telor gred A
  • 120gm Tepung beras (TAK PERLU SANGAI)
  • 1sk Lemak sayur / minyak masak
  • 1sk Ovallate
  • 1sk Serbuk penaik
  • ½sk Soda bikarbonat
  • Sedikit Pewarna kuning

Cara penyediaan:
Pukul telor hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan, adun sebati.

Resepi Nekbat Versi Ganu & Kelate, Hidang Sejuk-Sejuk Memang Lega Tekak!

Cara Bakar:

  • Panaskan acuan kedalam oven. Suhu 180°c.
  • Apabila acuan dah panas, keluarkan. Sapu minyak masak supaya tak melekat sewaktu bakar nanti. Tak ada acuan bahulu guna jer loyang muffin / cupcake.
  • Sudukan adunan kedalam acuan. Bakar selama 10 hingga 15 minit pada suhu 180°c.

Bahan Sira/Air Gula:

Ads
  • Gula
  • Daun pandan
  • Cengkih (jika suka)
  • Air secukupnya


Bila nekbat dah siap, boleh lah masak air gulanya bersama daun pandan. Kalo nak manis, letaklah gula banyak banyak. Bila dah mendidih, masukkan nekbat ke dalam piyok tu, renihkan sekejab selama dua minit.

Sejukkan ke dalam peti ais. Kalo nak makan petang, wat siap siap dari pagi lagi. Manis, sejuk, lalu kat tekak sedap!

Selamat mencuba

Sumber: Sapiah Mamat

Ads

 

Resepi Nekbat Versi Ganu & Kelate, Hidang Sejuk-Sejuk Memang Lega Tekak!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Resepi Nekbat Versi Ganu & Kelate, Hidang Sejuk-Sejuk Memang Lega Tekak!

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI