Nugget memang antara makanan kesukaan anak-anak. Kalau nak lebih sihat sebaiknya mama buat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan mudah.
Paling best boleh buat banyak-banyak dan simpan. Tiap kali anak nak makan tinggal goreng sahaja. Confirm sedap anak mesti berebut nak makan!
Resepi Nugget Homemade
Resepi Nugget homemade…buat banyak-banyak letak dalam peti bila nak goreng je..tak payah beli-beli dah. Kalau buat sndiri ni nak letak ayam banyak mana pon boleh..puas makan
Bahan-bahan:
Isi Ayam (3 ketul)
serbuk roti (5 sudu)
Telur (1 biji)
carrot ( optional)
tepung ubi ( 1 sudu)
Garam ( 1 sudu kcil)
lada hitam (1 sudu kcil)
Cara-cara:
3 ketul isi ayam saya tumbuk-tumbuk je
Campurkan isi ayam, garam, serbuk lada hitam dan tepung ubi..gaul sebati
lepas tu buat la bentuk-bentuknya..ikut la nk buat bentuk macam mana pon..lepas tu letak dalam peti ais 20 minit
Salutkan dengan serbuk roti dan telur
Goreng dengan api sederhana..sebab serbuk roti tu cepat hangit
Taraaa dah siap
Selamat mencuba!
Kredit: Siti Hawa Abdul Aziz vis MAHN
Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Pandan Guna Blender & Kukus Je. Paling Mudah, Cepat & Sedap! Confirm Menjadi
Kek pandan adalah kek span berwarna hijau dan lembut yang berperisa dengan jus daun pandan. Rasanya yang sedap dan sangat lembut menjadi kegemaran ramai. Bagi yang nak mencuba jom ikuti resipi yang dikongsi ini.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
BUAT KEK PANDAN GUNA BLENDER DAN KUKUS SAJA.
Minum petang
Akak share cara akak buat kek paling mudah, cepat, InsyaAllah sedap dan confirm menjadi. Asalkan jangan derhaka resepi 😄
Sebelum ni kak buat versi kek oren sunquick. Today kak buat versi pandan.
Bahan untuk di ayak dan ketepikan dalam satu bekas:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 camca kecik Baking Powder
- Setengah camca kecik Soda Bikarbonat
Bahan untuk di blend halus dan kembang:
- 4 biji telur (gred c), jika telur greb B guna 3 biji sahaja. Telur membantu lembutkan tekstur kek.
- Setengah cawan gula castor (gula halus).
- 2 sudu susu pekat manis.
- Setengah cawan minyak masak.
- Perasa pandan (boleh beli ada jual, akak buat sendiri ja dari daun pandan kat rumah, blend daun pandan dan ambik sikit airnya – untuk bagi bau wangi).
- Pewarna hijau 1-2 titis.
Kukus 30-40 minit. Makan panas-panas berebut dengan anak tak sedaq sat ja habis sebiji 😄✌️.
Kredit: Sally Aqua MAHN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak 1-5 Tahun Memang Takut Terima Makanan Baru, Ini Cara Yang Mama Papa Boleh Lakukan
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini jarang disebabkan oleh penyakit yang serius.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Enggan Makan?
Keengganan untuk makan berlaku apabila kanak-kanak menolak makanan baru yang diperkenalkan kepadanya atau apa jua makanan ditawarkan kepada mereka.
Apakah Makanan Yang Biasanya Ditolak Oleh Kanak-Kanak?
- Kanak – kanak yang berumur antara 1 tahun hingga 5 tahun biasanya takut untuk mencuba makanan baru yang diperkenalkan kepada mereka. Kanak-kanak memilih makanan dan akan makan makanan tertentu sahaja. Masalah yang paling utama adalah kanak-kanak yang enggan makan sayur.
Masalah utama dalam kalangan bayi adalah keengganan makan makanan pejal.
Apakah Penyebab Masalah Ini Berlaku?
Keengganan untuk makan merupakan sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak. Pada amnya, kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit.
Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak mengalami gejala seperti penurunan berat badan, muntah dan tercekik, anak anda perlukan penilaian yang lebih terperinci oleh doktor anda. Kemungkinan anak anda mengalami penyakit lain (selain daripada keengganan untuk mengambil makanan) seperti:
- Mempunyai perasaan benci terhadap makanan
- Kegagalan otot-otot pengunyahan ( mulut)
- Penyakit “gastro oesphageal reflux”
- Kegagalan Neuro (otak saraf)-contoh:cerebral palsy (keabnormalan perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan koordinasi pada anggota-anggota tubuh).
- Usus kecil tersumbat “Intestinal obstruction”
- Achalasia – keadaan yang mengganggu aktiviti normal otot esofagus “gulet” dan ini melibatkan perjalanan bahan-bahan yang ditelan.
Bagaimana Masalah Ini Boleh Berlaku?
Bayi anda menunjukkan masalah dengan:
- Tidak bercerai susu pada masa yang sesuai
- Keengganan memakan makanan pejal.
Kanak-kanak mungkin:
- Lebih suka memilih makanan – hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja.
- Enggan memakan makanan baru yang diperkenalkan.
- Enggan makan apa jua jenis sayur.
- Hanya makan sejenis makanan sahaja sepanjang masa.
- Jika pertumbuhan dan perkembangan anak anda berlaku secara normal, kemungkinan masalah ini adalah masalah biasa.
Tanda-tanda bahaya:
Jika anak anda mengalami tanda atau gejala seperti berikut: – sila berjumpa doktor dengan “SEGERA”
- Peningkatan berat badan yang perlahan.
- Perkembangan yang perlahan.
- Batuk atau tercekik semasa makan.
- Muntah yang berulang.
Adakah Terdapat Sebarang Komplikasi Berlaku Disebabkan Oleh Masalah Ini?
Tiada komplikasi berlaku sekiranya perkembangan dan pertumbuhan anak anda normal.
Walaupun anak anda hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja, ini tidak bermakna anak anda mengalami kekurangan zat makanan.
Adakah Masalah Ini Boleh Dirawat?
Anak anda perlu dinilai oleh doktor sebelum diberi sebarang rawatan. Walaupun anak anda memilih atau mengelak salah satu jenis makanan daripada diet hariannya, ini anda tidak perlu bimbang jika dia membesar secara normal.
Jika anak anda membesar secara normal walaupun menolak makanan, cuba cara berikut:
- Berikan makanan yang sering dielakkan oleh anak anda pada masa yang lain. Terus berusaha dan jangan putus asa.
- Terus memperkenalkan makanan baru kepada anak anda.
- Sediakan makanan yang berbeza (termasuklah makanan yang disukai oleh anak anda) pada setiap waktu makan.
- Hidangkan makanan dalam pelbagai bentuk yang menarik.
- Elakkan makanan manis seperti gula-gula di antara waktu makan.
- Anda boleh memberi vitamin tambahan sekiranya anak anda enggan mengambil makanan tertentu dalam jangka masa yang lama.
- Elakkan makan ketika menonton tv kerana ia akan mengganggu perhatian anak anda.
- Makan bersama ahli keluarga akan menggalakkan anak anda makan. Ia juga memberi anda peluang memberi perhatian dan mengajar anak anda makan.
- Tunjukkan contoh yang baik dengan memakan perlbagai jenis makanan.
- Paling penting – elakkan daripada pertengkaran ketika waktu makan.
Belajar untuk mengurangkan perasaan risau atau bimbang kerana keadaan ini boleh menguatkan lagi keengganan anak anda untuk makan.
Jangan memaksa anak anda untuk makan.
Jangan bertengkar dengan anak anda semasa waktu makan.
Jangan menghukum anak anda sekiranya tidak mahu makan.
Berikan pujian jika anak anda mula memakan jenis makan yang selama ini ditolak olehnya.
Bagaimana Masalah Ini Dapat Dielakkan?
Anda harus:
Menunjuk contoh dengan memakan hidangan yang lengkap bersama anak anda.
Perkenalkan pelbagai jenis makanan baru seawal umur 6 bulan.
Jangan berikan terlalu banyak susu atau jus antara waktu makan utama.
Kredit: MyHealth Portal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat, Ini Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku
Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar. Ayam biasanya kita beli sama ada seekor atau pun dua ekor untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Bila sudah simpan ayam di bahagian sejuk beku, tentulah ayam akan kerus kejung.
Menyimpan barang-barang basah seperti ayam, daging dan makanan laut dengan betul dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dan menjaga kualiti. Hujung minggu memang waktu biasa mak-mak menambah stok barang basah.
Berikut dikongsikan petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur. Cara ini memudahkan mak-mak untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian Suzana Zainal ini. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
Berikut dikongsikan cara untuk menyimpan ayam, daging dan juga ikan.
Ini Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk, ruang sejuk beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas sudah beku, ambil satu persatu dan masukkan ke dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Cara Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Dan Ruang Sejuk Beku:
Pilih beku dengan baik: Pastikan ayam yang anda beli berada dalam keadaan baik. Elakkan membeli ayam yang sudah rosak atau punya bau yang pelik.
Pengasingan: Untuk mengelakkan percampuran bau dan rasa, ayam perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang sesuai. Anda boleh memisahkan potongan-potongan ayam dengan menggunakan pembungkus plastik atau aluminium foil.
Tarikh luput: Sentiasa perhatikan tarikh luput pada bungkusan ayam yang dibeli. Gunakan ayam sebelum tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan.
Suhu yang betul: Pastikan suhu peti sejuk adalah di bawah 4 darjah Celsius (39 darjah Fahrenheit) untuk makanan sejuk dan -18 darjah Celsius (0 darjah Fahrenheit) atau lebih rendah untuk makanan beku. Gunakan termometer peti sejuk untuk memastikan suhu yang betul.
Simpan dalam bahagian yang sesuai: Letakkan ayam dalam bahagian peti sejuk yang sesuai.
Tanda tarikh: Tandakan tarikh apabila anda menyimpan ayam dalam peti sejuk atau ruang sejuk beku. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa lama ayam telah disimpan.
Penyimpanan selamat dalam ruang sejuk beku: Jika anda ingin menyimpan ayam dalam ruang sejuk beku untuk tempoh yang lebih lama, pastikan ayam diletakkan dalam bekas kedap udara dan tulis tarikh penyimpanan. Gunakan plastik pembungkus untuk mengelakkan udara daripada meresap masuk ke dalam bekas.
Cara penyediaan semula: Apabila anda ingin menggunakan ayam yang telah dibekukan, alihkannya ke peti sejuk pada malam sebelumnya untuk membolehkannya mencair dengan perlahan dalam keadaan selamat. Anda juga boleh menggunakan mikrowave untuk mempercepatkan proses pencairan, tetapi pastikan ayam dimasak dengan segera selepas pencairan.
Jangan simpan semula ayam yang telah dimasak: Ayam yang telah dimasak tidak sepatutnya disimpan semula dalam peti sejuk beku kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan.
Amalkan kebersihan: Sentiasa amalkan kebersihan ketika menangani ayam. Basuh tangan anda dan alat-alat memasak dengan baik sebelum dan selepas menyentuh ayam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan ayam anda disimpan dengan selamat. Kualitinya juga dapat dikekalkan semasa dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku.
Kredit: Suzana Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI