Buah lemon mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Buah yang kaya dengan vitamin C ini banyak kebaikannya. Lemon juga dikatakan bagus untuk meningkatkan sistem imun badan.
Kebaikan buah ini dikatakan bagus untuk demam, batuk dan selesema. Jika anak kecil elok dimandikan dengan air rendaman lemon. Manakala bagi orang dewasa, boleh cuba buat air peraman lemon dengan madu ini seperti yang dikongsikan oleh Nur Aida Md Zainuddin.
Resepi Peraman Madu+Lemon
Musim-musim selesema dan batuk ni elok amalkan minuman ni. Peram dulu 2 hari dalam peti dan nikmatilah air lemon madu yang segar.
Bahan-bahan:
Lemon dan madu sahaja
Cara cuci lemon:
Ads
Cuci dulu lemon bersih-bersih. Buang kotor dan wax. Rendam garam sekejap dan cuci.
Potong hujung dan gosok hujung seluruh lemon untuk pastikan lemon benar-benar bersih untuk kita buat peraman lemon.
Cara buat:
1. Hiris lemon nipis-nipis buang biji
Ads
2. Ambil bekas kaca. Lapisan pertama letak madu
3. Susun hirisan lemon. Tekan-tekan lemon untuk keluarkan jus
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti terkenal Scha Alyahya hanya benarkan Lara Alana makan aiskrim dan coklat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Lara akan makan makanan yang dimasak di rumah sahaja pada hari biasa.
Ketika ditemui di pelancaran produk, Scha Alyahya memberitahu akan pastikan Lara dapat nutrisi yang diperlukan secukupnya walau sesibuk mana pun dengan pengambaran.
Scha, Awal dan Lara Alana memang sentiasa travel terutama ke jepun. Apa yang Scha boleh kongsi kalau travel, pastikan kita kenal pasti minat anak terlebih dahulu. Kenal pasti minat anak anda, macam lara dia sangat aktif dan tak duduk diam.
Jadi untuk buat lara fokus dan duduk diam dalam penerbangan yang ambil masa panjang, saya akan bawa mainan yang dia suka terutama benda-benda yang memerlukan dia untuk mewarna. Bila mewarna dia akan focus dan akan ambil masa yang lama untuk mewarna dan akan buat mereka lebih sibuk dengan aktiviti tersebut.
Dari segi pemakanan pula Lara akan makan apa yang kami berikan, dia tidak memilih dan sangat senang untuk makan. Kalau kita pergi Japan, dia akan makan makanan disana.
Kanak-kanak sangat tak familiar dengan makanan luar, jadi kita sebagai ibu bapa perlu perkenalkan dulu secara perlahan-lahan. Sebelum ke sesuatu tempat, kita akan perkenalkan makanan dulu, kalau dia suka dia akan makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bubur nasi sebenarnya boleh siap dimasak hanya dalam hanya 7 minit sahaja. Cara memasak ini sesuai untuk mama yang sibuk. Apabila bayi sudah menjangkau usia 6 bulan jadual rutin mama pun berubah. Penyediaan bubur untuk bayi menjadi keutamaan.
Jadi menu utama sebelum anak boleh makan makanan orang dewasa mestilah dengan menyediakan bubur nasi. Kalau ibu yang bergelar suri rumah bolehlah masak bubur bila hampir waktu makan anak tapi bagi ibu bekerjaya, penyediaan kenalah awal pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh atau taska.
Kalau terlajak sikit bangun pagi, alamatnya tak sempatlah nak masak bubur nasi untuk anak. Nak tak nak terpaksalah bekalkan anak dengan bijirin segera walaupun niat awalnya nak anak rasa air tangan mama.
Idea bernas yang dikongsikan ini sangat membantu mama-mama yang ada anak kecil dalam penyediaan bubur nasi dengan cepat. Hanya memerlukan masa 7 minit bubur anak sudah boleh siap.
Cara penyediaan bubur nasi 7 minit:
Langkah 1
Basuh beras hingga bersih dan tak perlu tos.
Langkah 2
Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).
Langkah 3
Bila nak masak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Kalau nak tambah ayam dan sayur, letak masa ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.
Langkah 4
Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk buat kerja lain kalau tak mahu bubur hangit.
Langkah 5
Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tak banyak, penyediaan bubur akan mengambil masa kurang dari 15 minit.
Langkah 6
Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.
Sumber: FB Nor Sakinah Md Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang mengeluh bayi sembelit apabila makan makanan pelengkap seperti puri. Adakah ia berpunca daripada kesilapan anda?
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menurut Nur Hidayanti Asma Alias, Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam puri sering kali menjadi makanan yang dipilih para ibu sebagai sajian makanan pelengkap pertama si kecil apabila mencecah usia enam bulan ke atas. Ia dikategorikan seperti berikut;
Puri buah
Puri sayur
Puri puri buah/ sayur yang ditambah dengan bijirin
Puri puri buah/ sayur yang ditambah lauk sebagai sumber protein
Puri-puri yang dinyatakan di atas berbeza mengikut fungsi pada setiap kumpulan makanan tersebut. Sayur dan buah merupakan sumber utama serat tidak larut di dalam makanan. Serat yang terdapat di dalam makanan membantu melawaskan pembuangan air besar. Bijirin ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak dan keperluan badan untuk menjalankan aktiviti harian manakala protein yang terkandung didalam lauk seperti ayam, ikan, daging atau telur terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
PERKENALKAN MENGIKUT URUTAN
Makanan pelengkap perlu diperkenalkan kerana keperluan nutrien bayi akan meningkat seiring pertambahan usianya. Antara tanda-tanda bayi anda bersedia menerima makanan pelengkap ialah bayi mampu menegakkan kepala tanpa bantuan serta kawalan lidah yang boleh menolak makanan. Pada tahap ini, bayi telah mula menunjukkan minat dan memberi respon terhadap makanan. Makanan pelengkap perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Urutan pengenalan jenis makanan dimulai dengan kumpulan bijirin seperti bubur nasi atau bijirin komersil dengan tambahan zat besi. Sayur, buah dan sumber protein diperkenalkan seterusnya mengikut urutan.
Makanan perlu diperkenalkan satu jenis sahaja pada satu masa untuk tempoh satu minggu bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut dan memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
TEKSTUR MAKANAN PELENGKAP
Tekstur makanan pelengkap bayi dimulakan dengan makanan yang dikisar halus atau dijadikan puri supaya teksturnya lembut dan sesuai dengan keupayaan awal motor bayi.
Apabila bayi mencapai usia tujuh bulan, makanan dilecek dan tekstur yang lebih kasar boleh diberikan untuk merangsang motor dan deria rasanya. Jangan hanya terus memberikan bayi puri dan bubur sepanjang masa. Semakin meningkat usia bayi, tekstur makanan perlu berubah kepada makanan dicincang halus dan seterusnya makanan harian yang dimakan ahli keluarga apabila berusia setahun ke atas.
CARA PENYEDIAAN PURI YANG BETUL ELAK BAYI SEMBELIT
Makanan puri haruslah diberikan secara keseluruhan tanpa menapis makanan tersebut terutamanya puri sayur dan buah-buahan yang mengandungi serat. Jika berlaku masalah sembelit, bayi mungkin kekurangan serat atau air atau kedua-duanya.
Cadangan pemakanan untuk mengelakkan bayi sembelit ialah dengan memberi makanan secara lengkap.Contohnya, cadangan makanan pada waktu makan tengahari; setengah hingga suku mangkuk birijin bersama dua sudu teh isi ikan dilenyek halus, tiga sudu teh puri bayam dan air. Manakala antara waktu makan utama, dua sudu besar puri buah boleh diberikan sebagai snek sihat.
BILA SUMBER PROTEIN HAIWAN BOLEH DIBERIKAN?
Sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau gantian protein boleh diperkenalkan kepada bayi seawal usia enam bulan. Namun, lebih baik berikan satu jenis sahaja pada satu masa bagi memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
Anda juga digalakkan untuk memperkenalkan kuning telur dahulu ketika bayi berumur lapan bulan ke atas. Putih telur pula boleh diperkenalkan apabila bayi mencapai umur satu tahun bagi mengelak risiko alahan.
TIP UNTIK KOMBINASI PURI
Sebelum menyediakan puri yang menggabungkan dua jenis buah dan sayur atau bijirin dan lauk, anda perlu memastikan bayi telah diperkenalkan kepada buah dan sayur tersebut dan tiada masalah terhadap penerimaan kedua-dua jenis makanan tersebut.
BOLEHKAH MASUKKAN LEMAK DALAM BUBUR & PURI?
Ada ibu bapa yang memasukkan lemak seperti minyak zaitun atau mentega dalam penyediaan puri dan bubur kepada bayi. Pengambilan lemak yang mencukupi diperlukan untuk perkembangan normal untuk fungsi saraf, mata dan otak bayi.
Seawal usia enam bulan apabila bayi telah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, kuantiti pengambilan lemak dan minyak yang dicadangkan ialah sebanyak satu sudu teh sehari bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan untuk fungsi badan. Bagi bayi yang berusia di bawah 12 bulan, cadangan jenis minyak yang sesuai ialah minyak sayuran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, agihan bermula 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.