Petang-petang buatkan si kecil anda kudapan yang enak air tangan mama tentu mereka seronok. Gunakan bahan-bahan mudah yang ada di rumah. Caranya pun mudah sahaja. anak makan tentu tak cukup satu.
Resepi Potato Carrot Fritters untuk si kecil anda yang dikongsi oleh seorang ibu, Farisha Sofea boleh dijadikan pilihan untuk kudapan si kecil. Rasanya mama dan papa juga boleh tumpang sekaki.
Selamat mencuba!
Ads
POTATO CARROT FRITTERS VERSI BABY
Bahan Bahan :
1 biji kentang diparut / dipotong jejari
1/2 biji lobak merah diparut / dipotong jejari
daun bawang
1 biji telur
4 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
3 sb tepung jagung non gmo
1/8 cawan susu segar
1 sb serbuk ayam / serbuk ikan bilis
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng
Ads
Cara Cara :
satukan ke semua Bahan Bahan dan kacau sebati .
panaskan minyak di dalam kuali .
sudukan adunan dan leperkan .
masak menggunakan api sederhana kecil sehingga garing kedua dua belah permukaan .
angkat dan toskan .
ulang proses sehingga selesai .
untuk versi dewasa boleh tambahkan garam secukup rasa dan bolehlah dimakan bersama sos kegemaran .
siap , sedia dihidang !
Kalau anak-anak jenis suka makan pasta atau mee, mama boleh buat ikut selera anak-anak. Biasanya kalau anak kecil, mereka lebih sukakan spageti carbonara.
Apa kata mama cuba buat sendiri sos carbonara, bolehlah guna resipi yag dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar via group MAHN.
Mungkin nak beli tak ada masalah, cuma kalau makan berulang kali tu, kosnya juga besar Sebab satu tin pun harganya boleh tahan juga.
RESIPI HOMEMADE CARBONARA SOS
Jom buat sendiri sos carbonara. Yang tak pandai masak pun confirm jadi.
Cara buat sos carbonara versi SIMPLE Dan JIMAT KOS tapi rasanya memang TIP TOP macam yang famous di pasaran. Memang berbaloi pada ibu-ibu yang ada anak ramai dan nak jimat bajet. Yang nak meniaga pun boleh pakai resepi ni.
Bahan-bahan:
– Susu cair 1 tin (Nak jimat beli kat ECO)
– 1 biji bawang Holland
– 1 kiub pati ayam
– Isi ayam (nak pakai seafood atau apa-apa lauk pun boleh tapi kali ni boleh pakai mushroom shitake kering)
– Mixed Herb (kalau xde takpe tapi kalau ada memang tambah-tambahlah sedap)
– 3-4 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
– Minyak untuk menumis (kalau ada minyak zaitun lagi sedap.. tapi minyak masak pun ok)
– Air 2 tin (Sukat pakai tin susu cair.. saya lebihkan lagi sebab nak buat kuah banyak)
Cara-cara:
Tumis bawang holland yang dipotong dadu sampai naik bau, lepas tu masukkan ayam. Bila ayam dah masak masukan susu cair, kiub pati ayam, mixed herbs, garam dan air. Kacau sampai mengelegak.
Lepas tu masukkan tepung jagung (bancuh dengan air dulu yer) untuk bagi kuah pekat. Siap dah.. Bolehlah dihidang dengan spageti atau fettucini.
Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar via group MAHN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luarnya Garing & Dalamnya Lembut, Begini Ibu Ni Kongsikan Cara Buat Roti Boy!
Bila aroma masakan mula menggoda selera, seakan terasa keenakan di tekak sehingga buat kita tidak mampu lagi bersabar untuk terus menikmatinya. Begitulah perasaannya yang akan anda rasai bila anda sedang membakar roti maxican bun atau juga dikenali sebagai Roti Boy di rumah anda. Aromanya begitu semerbak dan menggoda selera!
Jadi apa kata anda sediakan menu istimewa ini sebagai hidangan minum petang atau sarapan untuk seisi keluarga. Menyediakannya tidaklah sukar ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada Puan Nor Atikah Nazirah yang turut berkongsi resipi di media sosial dalam menghasilkan Roti Boy yang enak, luar garing dan dalamnya lembut.
“Makan petang harini.. buatkan anak-anak roti boy. Makan la puas-puas, firstime sis buat roti ni, takla susah pun..sedap sangat makan panas-panas. Luarnya garing dan dalamnya lembut je. Cuma lepas ni kena lebihkan butter lagi.. resepi sis ambik dekat tiktok.. meh sis share kan resepi dia dekat bawah ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Jadi buat anda yang pertama kali ingin menyediakan menu berasaskan roti, nampaknya tiada masalah. Bolehlah cuba resipi ini, pasti seisi keluarga menikmatinya dengan penuh berselera.
Bahan untuk doh
1 biji telor
3 tbsp gula castor
1 1/2 yis kering
1 cawan fresh milk suam
1/2tsp garam
3 cawan tepung roti
3 tbsp unsalted butter
Unsalted Butter ( untuk inti dalam roti)
Sedikit minyak ( sapu atas doh)
Cara-cara membuatnya:
1.First sekali satu kan sekali telor,gula,susu dan yis. Kacau-kacau sehingga gula larut.
2.Selepas itu masukkan garam. Kacau lagi.
3.Dalam mangkuk lain, tuangkan tepung roti dan bersama bahan yang kita kacau tadi.
4.Kacau adunan dengan senduk bagi sebati semuanya.
Selepas itu campur butter ke dalam adunan tadi. Time ni kena uli selama 5 minit sampai doh tu lembut. Ni nak pakai mixer boleh, nak pakai breadmaker pun boleh. Dah uli doh sampai lembut dan cantik.. bulatkan dia dan sapu minyak atas doh tu. Perap doh selama 1 jam.
6.Dah perap 1 jam dan doh naik kembang. Tumbuk doh tu untuk hilangkan angin dalam doh tu, bulatkan dia.
7.Bahagi doh dalam 60gm. Biar semua sama besar. Uli-uli bagi bulat..ketepikan.
8.Selepas tu ambil doh letak butter yang dipotong kecil-kecil dan isi ke dalam doh tu. Bulatkan lagi dan last sekali rehatkan doh selama 30 minit sehingga kembang.
Bahan filling untuk roti boy
1/4 unsalted butter
1/4cup gula castor
1/2tbsp nescafe @ kopi tanpa gula
2 tsp air suam
1 biji telor
1/8 garam
1/2 cup tepung gandum ( saya guna bakers choice )
Cara-caranya:
1.First sekali whisk butter dan gula sampai sebati.
2.Kemudian bancuh nescafe bersama air. Kacau sampai larut.
3.Tuang ke dalam butter dan gula tadi, lepas tu masukkan telor, garam dan last sekali tepung, kacau ke semuanya sehingga sebati, letak dalam papping beg.
4.Bila roti sudah kembang elok. Pappingkan filling ke atas roti.. perlahan-lahan buat.. saya pun firstime buat, agak comot sikit.
Orang kata ibu berpantang tak boleh menambah nasi. Lain pula kisahnya kalau dengan lauk pantang kesukaan ramai, Masak Asam Ikan Tenggiri yang mesti buat ibu makan bertambah.
Mana taknya, cara masaknya mudah dan paling sedap. Tambah bawang putih dan halia banyak-banyak.
Berselera kalau mak masak lauk ni masa dalam pantang dulu. Letak halia dengan bawang putih bagi lebih, tenggiri masak asam.
Oleh kerana masakan ni mempunyai ramai peminat saya sertakan resepi disini untuk memudahkan lagi sahabat semua untuk rujuk.
Boleh jugak buat dengan apa jenis ikan yang digemari, ayam, ikan talang kering, ikan bilis ataupun telur mata. Yang penting semua ni kena goreng dulu bagi garing naa. Kami suka letak daun kari untuk naikkan aroma.
Kadang-kadang letak jugak serai ketuk sebatang semasa menumis. Kalau tak mau letak pun tak apa. Selamat mencuba.
Masak Asam Ikan Tenggiri
Ikan tenggiri -gaul dengan garam kunyit dan goreng garing
Bawang putih (hiris)
Bawang besar (hiris)
Halia (hiris memanjang)
Cili hidup (hiris)
Sedikit biji sawi
1 tangkai daun kari
Air asam jawa
Garam dan gula
1. Tumiskan biji sawi, daun kari, halia, bawang besar, bawang putih dan cili hidup hingga naik bau.
2. Masukkan air, ikut la nak bagi kuah banyak mana. Masukkan paste asam jawa dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama garam dan gula. Kacau rata.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.