Puding buah sememangnya menjadi kegemaran ramai dan sesuai untuk seisi keluarga. Cara penyediaan yang mudah, rasa yang berlemak dan lembut dihidang ketika sejuk pastinya membuatkan anak-anak makan bertambah!
Jom ikuti cara penyediaan puding buah kuah kastard yang mudah ini. Selamat mencuba!
Harini nak share resepi simple tapi sedap.
Resepi Puding Buah kuah Kastard by Mr.Ali
Jom start! Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak!
(Texture puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar-agar serbuk. Gaul dengan bahan diatas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar)
Puding:
– Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan
– Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
– Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti
Kuah Kastard: – Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
– Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
– Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Ads
Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.
Bahagian dada ayam selalu ditinggalkan, dan kesudahannya berlaku pembaziran. Tak mahu terbuang begitu sahaja dan berkreatif untuk kembali mendapat perhatian anak, apa kata mama cuba buatkan resipi mudah ini.
Resipi ringkas kepingan ayam rangup bersalut yang dikongsikan oleh Rosmizah Yussof ini mama wajib cuba. Mudah dan ringkas. Pasti dada ayam yang tidak laku habis licin!
Siapa ada anak yang tak suka makan dada ayam? Meh sini kita bagi tips nak habiskan dada ayam tu. Kompom makan sampai licin.
Bahan-bahan
Dada ayam -dipotong nipis
Tepung bestari
Serbuk roti
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Gaul ayam dengan garam dan sedikit tepung bestari. Campurkan 2 sudu air.(supaya serbuk roti melekat) Gaulkan rata. Perap sekejap.
Kemudian lumur dengan serbuk roti.
Goreng dengan minyak panas sampai masak. Siap!
Bolehlah makan dengan sos, mayonis, sos cheese atau makan gitu je pun sedap.
Cubalah mesti lepas ni tak ada lagi masalah dada ayam tak habis. Menu simple tapi sedap!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini aiskrim solera hanya dibeli di kedai, apa kata kita cuba buat sendiri pula di rumah bersama anak-anak. Dengan hanya menggunakan serbuk limau nipis yang dijual di kedai, aiskrim solera shot ini mampu dihasilkan sama macam kedai.
Rasanya masam-masam, manis dan berlemak. Cukup mudah nak membuatnya. Satukan dua adunan limau dan susu, solera shot anda sudah boleh dinikmati bersama anak-anak. Jom cuba resipi perkongsian Pn Sharla Rose ini. Superb!
ICE CREAM SOLERO SHOT
Air limau:
1.5 liter air
Gula (sesedap rasa)
Serbuk limau nipis/pati limau nipis (sesedap rasa, masam sikit lebih sedap)
Pewarna hijau (gelap sikit cantik)
2 sudu tepung jagung
Kacau semua bahan hingga larut.
Masak hingga mendidih dan sejukkan.
Bahan Susu Perisa Vanilla
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu besar ovelette
1 sudu besar esen vanila
Gula (sesedap rasa, tak perlu banyak sebab susu pekat dan manis)
2 cawan kecil air
2 sudu besar tepung jagung
Antara menu yang akan kita hidangkan ketika hari raya adalah kek. Jika terlalu ‘berat’ dan sarat dengan hiasan pun boleh buat jadi muak. Sebaik-baik kek adalah yang paling asas dan ringkas.
Resipi Morrocan Orange Cake yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini merupakan antara kek yang paling sesuai dibuat untuk makan-makan ringan. Rasanya yang masam-masam dan manis pasti memikat selera.
Ikuti perkongsian resipinya ini:
MORROCAN ORANGE CAKE
Bahan Bahan :
Bahan A : 4 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula kastor
1. Pukul Bahan A sehingga kembang dan pucat .
2. Masukkan Bahan B, pukul sebati. Masukkan pula Bahan C dan kaup balik adunan sehingga semua adunan mesra .
3. Akhir sekali masukkan Bahan D dan kacau rata.
4. Panaskan oven .
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 7″ yang telah digris .
6. Hentakkan sedikit loyang dan bakar pada suhu 180°C selama 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .
7. Setelah masak , hentakkan sedikit dan sisipkan keliling loyang dengan pisau .
8. Terlangkupkan kek. Kemudian terlangkupkan semula dan biarkan seketika sehingga sejuk sebelum dipotong.
Siap Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ingat bayi kecil yang tidur lena dalam kotak polistirena ketika banjir besar melanda Kelantan pada 2014? Kini, dia bukan sekadar kenangan dalam lipatan...