Bermacam- macam resipi boleh dibuat dengan menggunakan biskut oreo. Bukan sahaja sedap dimakan begitu tapi sebagai tambahan dalam hidangan lain pun sedap. Resepi puding yang dikongsikan kali ini menggunakan oreo dan milo.
Resepi puding milo oreo sungguh menarik untuk ibu- ibu ingin mencuba untuk membuat satu hidangan pencuci mulut yang sedap. Siapa je yang tak suka puding dari gabungan milo dan oreo ni, bukan setakat anak- anak je suka tapi orang dewasa pun apa kurangnya. Puding milo oreo kalau makan sejuk lagi sedap.
Anak- anak pasti teruja nak makan puding ni, ibu- ibu boleh cuba buat dengan resipi yang telah dikongsikan. jom lihat resipi puding milo oreo.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Intai Resepi.
RESEPI PUDING MILO OREO
Atas permintaan ramai yang tergoda dengan puding milo ni, nah resepi… buat jangan tak buat.
Puding Milo Oreo
Bahan- bahan:
– Serbuk agar- agar clear 10gm
– Air 4 cawan
– Gula pasir ½ cawan (suka manis letak la 1 cup)
– Cucu cair 1 tin
– Oreo 1 paket (krim jangan buang)
– Milo 1 cup (boleh campur serbuk koko sikit kalau suka)
Cara- cara:
1. Larutkan agar- agar dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
2. Masuk susu, kacau sampai didih.
3. Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)
4. Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi.
5. Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.
6. Tunggu sehingga layer itu keras, garit- garitkan pakai garfu di atas layer milo yang first tadi, tuang semua adunan yang putih. Patahkan 2 biskut oreo tu dan susun biskut ikut suka banyak mana atas layer putih tu.
7. Dah keras masuk baki layer milo, semuanya ada 3 layer. Dah suam- suam boleh masuk dalam peti ais, dah sejuk dan keras bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba.
Baca Juga:
Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!
Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!
Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!
Mudah sahaja resepi puding milo oreo ni. Bahannya pun tak susah dan mudah dicari di pasaraya berdekatan rumah. Semoga bermanfaat dan selamat mecuba.