Rendang ayam dan kuah kacang biasanya dihidang pada hari raya. Kedua-dua menu ini antara menu wajib yang perlu ada ketika beraya. Namun sebenarnya menu ini boleh diolah dan dijadikan menu versi sihat untuk bayi tanpa garam dan gula.
Mama papa tak risaulah nak beraya kalau dah siap-siapkan menu raya untuk si kecil. Sekurang-kurangnya si kecil tak adalah ‘terliur’ melihat hidangan raya orang dewasa kan?
Cara penyediaanya sangat mudah seperti yang dikongsi. Selamat mencuba!
Rendang ayam menu sesuai untuk baby 7 bulan keatas okay.
Bila anak dah mula pandai makan, mama memang teruja nak cuba macam-macam jenis resipi. Ya lah selain seronok tengok anak makan berselera, boleh juga mama bereksperimen dengan resipi baru yang inovatif.
Yang penting bukan sahaja bentuknya memikat selera anak, malah rasanya juga hebat dan memenuhi selera si manja. Seperti resipi comel yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea untuk si kecilnya, Pancakes Cereal versi baby.
Menggunakan bahan-bahan yang mudah dan sesuai untuk anak-anak, caranya juga cukup ringkas untuk disediakan. Bolehlah dijadikan salah satu menu untuk si kecil tersayang.
1
PANCAKES CEREAL VERSI BABY
Bahan Bahan :
1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/2 cawan susu segar
2 sb puri pilihan ( optional )
1/4 sk serbuk penaik
1 sb minyak masak
1 biji telur
3
Cara Cara :
1. Satukan ke semua Bahan Bahan dan kacau sebati .
2. Tapis dan tuangkan ke dalam botol / piping bag .
3. Panaskan kuali dengan menggunakan api sederhana kecil .
4. Kemudian picitkan adunan ke atas kuali sebesar duit syiling 10 sen .
5. Terbalikkan apabila permukaan bahagian atas telah kering .
6. Ulang proses sehingga selesai .
7. Angkat dan letakkan di dalam mangkuk .
8. Hidangkan bersama susu , boleh juga ditambah biskut homemade dan buah buahan jika suka .
9. Siap, sedia dihidang
4
Ada ketikanya memang buntu tak tahu apa lagi yang boleh dimasak untuk si kecil tersayang. dalam fasa memperkenalkan mereka kepada pelbagai jenis makanan, ibu memang perlu lebih kreatif dengan menu yang menarik. Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan idea baru buat mama atau ibu untuk memasak hidangan menarik buat si kecil tersayang.
Disaat semua berusaha menjimatkan minyak masak yang ada, resipi memasak menggunakan Air Fryer sememangnya diperlukan. Resipi ayam goreng tanpa minyak ini anda kena cuba.
Bukan saja tak perlukan minyak tetapi dengan penambahan tertentu buat ayam goreng masih kekal moist dan garing. Jom cuba!
TAK GUNA MINYAK tetap GARING
Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Cer tengok nih!
Yes. Misi berjaya. Ayam goreng sedap dan rangup.
Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Hihi. Korang try la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.
Caranya senang jer, 1. Basuh bersih ayam.
2. Lumurkan ayam dengan ; – bawang putih (tumbuk lumat) – sedikit halia (tumbuk lumat) – sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat) – sedikit kunyit serbuk – garam
3. Gaul sebati.
4. Masukkan dalam bakul air fryer – suhu 180 darjah – masa 15 minit
* Saya guna AirFryer Philips, tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.
5. Siap.
Ps : Bolehlah panjangkan resepi ayam goreng tak guna minyak nih kat sapa-sapa yang belum tahu, okehh!
Buah cempedak selain digoreng sebenarnya boleh juga dibuat kek sebagai kuih kudapan petang. Bagi yang pertama kali ingin mencuba, boleh ikuti resipi yang dikongsi ini.
Peniaga letak harga RM7. Ingatkan slice dia ala ala secret recipe lah. Sekali sampai kek dia slide kurus nipis je. Masuk dalam paper bag kecik macam tu je. Alahai terasa mahal betul. Rasanya memang first and last la beli dari kedai tersebut. Takpelah.
So kitapun mula lah cari barang barang untuk buat cempedak butter cake sendiri.
Bahan bahan yang diperlukan untuk buat cempedak butter cake:
170gm gula kastor
250gm tepung serbaguna
250gm pure butter
200gm isi Cempedak (dikisar)
4 biji telur B atau 3 biji telur A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik diayak bersama tepung
Secubit garam
Isi cempedak boleh dipotong potong untuk hiasan
Cara pembuatan:
Butter pada suhu bilik dipukul bersama gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji dan dipukul rata. Langkah diulang sehingga sebati.
Masukkan bancuhan tepung (tepung +garam+ serbuk penaik) sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga bancuhan rata.
Masukkan cempedak yang dikisar. Guna konsep kaup dan balikkan supaya rata ke semua bahagian adunan
Panas kan oven suhu 190 celcius, api atas bawah. * sila observe suhu oven masing masing. Bergantung size oven juga.
Masukkan aduhan dalam loyang 7×7 atau 8×8. Kalau 8×8 agak rendah sedikit kek nya. Ketuk sekali untuk buang udara
Hiaskan dengan isi cempedak yang dipotong tadi.
Bakar selama 45minit-50minit. Boleh cucuk dengan lidi halus ditengah, bila tak melekat maknya dah masak.
Sedia untuk dihidangkan.
Boleh dimakan berkali kali, malah boleh berkongsi dengan keluarga mahupun jiran jiran. Cake ini gebu dan moist. Memang berbau wangi cempedak satu rumah masa kek sedang dibakar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Acara merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar. Namun, jika melihat kepada rekod terdahulu, terdapat kes pelajar yang mengalami komplikasi...