Roti bakar pisang antara menu yang paling mudah nak disediakan. Hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan. Yang paling penting rasanya sangat sedap dan confirm anak-anak minta mama buatkan lagi. Jom cuba resipi ini. Sesuai untuk sarapan pagi mahu pun makan petang.
ROTI BAKAR PISANG
Resipi ni sangat mudah dan serius sedap! Tak perlu guna banyak bahan pun, sure kat rumah korang ada semua bahan-bahannya.
Hakak menggunakan Roti Putih Gardenia Original Classic.
Bahan-bahan:
Roti Putih Gardenia Original Classic
Marjerin
Telur
Pisang, hiris nipis
Gula perang
Cara Penyediaan:
- Sapu roti dengan marjerin depan dan belakang.
- Susun roti diatas tray yang telah dilapik dengan baking paper.
- Kocok sebiji telur dan sapukan diatas roti.
- Susun pisang dengan kemas di atas roti tadi.
- Sapukan telur lagi di atas roti, sapu tebal tebal.
- Tabur gula perang di atasnya.
- Bakar pada suhu 180°c api atas bawah hingga kecoklatan.
- Roti sandwich pisang bakar is done!
Kredit: @kualihelena
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI